30 Ogos 2011
Rumah Terbuka PM Dan Jemaah Menteri Di Seri Perdana
NAJIB dan Rosmah menyambut kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. (Foto: Kosmo)
Ribuan rakyat berbilang kaum mengunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana Putrajaya yang bermula tengah hari hari raya pertama (Selasa).
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbaju Melayu warna merah lembayung bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta barisan menteri Kabinet mula menerima tetamu pada 12 tengah hari.
Cuaca panas terik tidak melunturkan semangat orang ramai yang berbaris untuk bersalaman dengan Perdana Menteri dan para kenamaan. (Sumber: Bernama)
Antara rakyat yang hadir ialah aku, isteri dan anak-anak aku, adik perempuan aku, suaminya dan anak-anaknya serta adik lelaki aku, isterinya dan anak-anaknya. Kami dengan menaiki dua buah MPV sampai di Seri Perdana pada jam 3.00 petang.
Bagaimanapun kami tidak dapat berjumpa dan bersalaman dengan Perdana Menteri dan Isteri. Barangkali ketika itu beliau sedang berehat. Kami hanya dapat berjumpa dan bersalaman dengan Timbalan Perdana menteri dan beberapa orang menteri kabinet.
Terima kasih kami ucapkan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang lain kerana sudi mengadakan rumah terbuka seterusnya menjamu rakyat Malaysia yang menjadi tetamu dengan juadah yang enak-enak dan beraneka jenis.
Anak-anak aku pun rasa sungguh seronok, sebab masing-masing dapat duit raya. Tiada tanda-tanda penat pada wajah mereka walaupun terpaksa berjalan hampir sejauh 1 km dari tempat kami parking kereta, dan berbaris panjang menunggu giliran untuk bertemu Perdana Menteri.
Labels:
Masam Manis Payau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan