01 Oktober 2011
Penalti Bagi Lewat Hantar BNCP LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan penalti antara 20 peratus dan 35 peratus terhadap pembayar cukai yang lewat atau gagal mematuhi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata penalti itu akan dilakukan mengikut tempoh kelewatan penghantaran BNCP, antara 12 bulan dan 36 bulan dan arahan berhubungan tindakan mengenakan penalti itu mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.
“Jumlah penalti yang akan dikenakan tidak melebihi tiga kali ganda cukai yang dikenakan,” katanya.
Mohd Shukor berkata, LHDN memandang serius kesalahan pembayar cukai apabila lewat atau gagal mengemukakan BNCP mengikut tempoh ditetapkan.
Tindakan itu akan dikenakan di bawah Subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui arahan terbaru, yang menjadi juga pembaikan kepada arahan sebelum ini untuk menghasilkan peningkatan dalam pematuhan penghantaran BNCP mengikut tempoh.
Sumber: Bernama
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
patutnya x lewat sebab boleh declare melalui online e filing...x smpai 5 minit siap. x prlu lg nk htr form tu ke lhdn.
Catat Ulasan