08 November 2011

11.11.11 Sebagai Tarikh Lahir



Selamat menyambut tarikh 11/11/11 kepada semua rakyat Malaysia dan warga Dunia.

Apa program anda untuk mencatat suatu sejarah istimewa pada 11/11/11. Barangkali ada yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut.

Bagi yang sedang mengandung, ada yang berharap dan berdoa agar melahirkan bayi mereka pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun berita berikut lebih menarik lagi. Ada yang bercadang untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan bayi mereka mengenal dunia pada tarikh tersebut.

Apa pun program yang anda rancangkan pada tarikh tersebut, pastikan ia adakah program yang bermanfaat dan membawa kebaikan. Bukannya program-program mungkar yang tidak diredhai Allah.



SERAMAI 17 ibu bapa telah mendaftar untuk melahirkan bayi mereka pada 11.11.11 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.

Bahagian Perhubungan Media dan Penulis, Pusat Perubatan Prince Court, Annie Freeda Cruez berkata, setakat ini seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa sudah mendaftar di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.

"Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan," katanya dalam satu kenyataan.

Annie berkata, kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.

Malah tambahnya, bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.

"Selain itu, bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu," ujarnya.

Sumber: Kosmo

5 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
mudah2han pada tarikh tu nanti kita sama2 dapat keberakatan dan rezeki dari Allah.

محمد أمين بن أريس berkata...

rasenye...takde waat pape kot...aha... =D

EmpayarUtama berkata...

Ari tu nanti tak nak miss semayang Jumaat, dah miss sekali dah ni huhuhu

Tanpa Nama berkata...

harap2 takde pape yg buruk terjadi pada hari tersebut,hurm

Noor Maizan berkata...

hehe...takde idea lagi :)