Nuff Atas

09 November 2011

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Al-Fatehah Buat Ibu Tercinta
Munah Binti Othman
03/06/1936 - 09/11/2011
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Allah.

Baca Juga Entri Mereka: Izrin Dan Salleh



Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Kredit: iPuisi



1 comments:

ch000tz axoera berkata...

Al-Fatihah...semoga bonda dicucuri rahman dan perolehi ketenangan disisi Allah..