24 November 2011
Amaran Pemanasan Global
KEMARAU berpanjangan boleh menyebabkan tanaman penduduk dunia terjejas teruk.
BAYANGKAN seketika kemarau yang melanda Texas, Amerika Syarikat (AS), banjir teruk di Thailand dan gelombang haba di Rusia. Ia merupakan tanda-tanda dunia semakin panas dan berdepan pemanasan global.
Itu adalah amaran daripada ahli-ahli sains iklim antarabangsa dan pakar-pakar bencana selepas persidangan di benua Afrika baru-baru ini.
Menurut panel persidangan, dunia perlu bersedia dalam menghadapi cuaca lebih berbahaya dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan pemanasan global.
Pakar-pakar tersebut bimbang tanpa persediaan awal, cuaca yang tidak menentu itu akan menyebabkan sesetengah lokasi di dunia tidak dapat dihuni lagi.
Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim yang merupakan pemenang Nobel telah mengeluarkan laporan khas mengenai pemanasan global dan cuaca tidak menentu pada pertemuan di Kampala, Uganda baru-baru ini.
Ia merupakan pertemuan julung-julung kali ahli-ahli sains yang memfokus mengenai bahaya cuaca tidak menentu seperti gelombang haba, banjir kilat, kemarau dan ribut.
Ia adalah lebih berbahaya berbanding peningkatan suhu dunia.
GELOMBANG haba dijangka akan membuat glasier cair dan menyebabkan air meningkat naik.
Sebagai contoh, laporan tersebut meramalkan gelombang haba yang hanya berlaku sekali dalam satu generasi akan menjadi lebih panas. Ia dijangka berlaku setiap lima tahun pada pertengahan kurun dan pada penghujung kurun ia akan berlaku pada setiap tahun.
Dalam pada itu, di sesetengah tempat seperti Amerika Latin, Afrika dan beberapa negara Asia akan menjadi lebih panas berbanding hari ini.
Menurut laporan itu lagi, hujan ribut yang biasanya berlaku setiap 20 tahun dijangka akan lebih kerap melanda dunia.
Bahan api
Kebanyakan kawasan di AS dan Kanada akan berdepan sehingga tiga kali hujan sekiranya penggunaan bahan api fosil berterusan.
Di rantau Asia Tenggara pula, banjir kilat yang berlaku secara dramatik dijangka akan berulang sebanyak empat kali berbanding sekarang, ramal laporan itu.
"Saya menganggap ia sebagai panggilan menyedarkan kita. Kemungkinan senario yang berlaku pada masa akan datang akan lebih hebat lagi," kata salah seorang penulis kajian tersebut, David Easterling, Ketua Aplikasi Iklim Global untuk Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, AS.
Laporan berkenaan turut mengatakan pemimpin-pemimpin dunia perlu bersedia dalam menghadapi iklim yang tidak menentu.
TSUNAMI yang melanda Jepun baru-baru ini merupakan antara tanda cuaca dunia semakin tidak menentu.
"Kita perlu berasa bimbang," kata salah seorang ketua penulis laporan berkenaan, Maarten van Aalst.
"Kita perlu bertindak dalam menangani bencana dan mengurangkannya sebelum ia berlaku daripada menunggu dan membersihkannya. Risiko telah meningkat secara dramatik," tambah Pengarah Palang Merah Antarabangsa yang juga merangkap Pengarah Pusat Iklim Palang Merah Belanda ini.
Seorang lagi penulis kajian mengenai isu berkenaan, Chris Field dari Universiti Stanford berkata, ahli-ahli sains masih belum pasti mengenai bencana iklim yang mana satukah menjadi ancaman terbesar kerana cuaca tidak menentu berkait rapat dengan ekonomi serta tempat tinggal manusia.
Katanya, kelemahan masyarakat terhadap bencana alam turut meningkat.
Dia memberitahu The Associated Press dalam satu wawancara: "Sudah jelas peningkatan kerugian akibat bencana alam meningkat.
"Dari segi kematian pula, lebih 95 peratus kematian dicatatkan dari tahun 1970-an sehingga kini adalah dari negara membangun." katanya.
PEMANASAN global turut menjadi punca jerebu yang melanda pelbagai negara seperti China.
Menurut Michael Oppenheimer dari Universiti Princeton, kerugian akibat bencana alam amat tinggi sehingga mencecah AS$200 bilion (RM633 bilion) setahun.
Sejak beberapa tahun lalu, perkembangan sains telah menampakkan peningkatan dan ahli-ahli sains boleh menyumbang dalam memahami pemanasan global dengan lebih yakin.
Ahli-ahli sains kini boleh mempertimbangkan dengan keyakinan mengenai ramalan malapetaka iklim dan gelombang haba masa hadapan.
Menurut laporan itu lagi, hampir pasti gelombang haba menjadi semakin buruk, lebih panjang dan panas, sementara keadaan sejuk semakin menurun.
Aalst berkata, antara cuaca ekstrem yang membunuh dan menyebabkan kerosakan teruk adalah banjir.
Sumber: Kosmo
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 comments:
memang sgt membimbangkan...
dunia semakin uzur kan...
dunia sudah akhir zaman..huhu
haissshhhh salah chanel ni! kan tgh ujan mana lak kemarau heheeh
urmmm...risau la....mintak jauh..huhu
aku sangat risau..perjalanan dunia dah tak teratur.kiamat makin hampir :(
pergh gila retak berjuta juta tanah tu ;(
Catat Ulasan