11 Disember 2011

Blog Aku Kena 'Remove'



Pada hari Selasa 6 Disember 2011, lebih kurang jam 10.00 malam, sedang aku asyik berblog-walking ke merata blog, tiba-tiba aku gagal untuk menemui blog aku. Hanya paparan seperti dalam rajah di atas ini yang dipaparkan.

Aku terkejut dengan apa yang berlaku ini. Mengapa blog aku dibuang? Apa terma dan syarat ketetapan Google yang telah aku langgar?

Habislah usaha aku selama 16 bulan ini mengusahakan dan mengumpulkan hampir 600 info dan maklumat untuk dikongsi bersama.


Aku bukan sahaja tidak dapat menemui blog aku, tetapi juga aku gagal untuk masuk ke alamat Gmail aku. Dengan kata lain segala produk berkaitan dengan Google yang juga berkaitan dengan Gmail aku hilang begitu sahaja.

Oleh kerana rasa terkejut dengan pengalaman ini, maka pada malam kejadian tersebut aku tidak melakukan apa-apa. lebih-lebih lagi aku ada beberapa tugasan yang aku perlu selesaikan pada malam tersebut.

Pada keesokan harinya (hari Rabu), aku klik apa yang patut yang mungkin dapat membantu aku menemui semula blog aku ini. Akhirnya aku menemui satu arahan yang meminta aku klik 'Contact Us' yang bermaksud menghubungi Google untuk meminta bantuan. Di situ aku diminta mengisi beberapa maklumat termasuk alamat email dalam satu borang online.

Aku tidak cuba mencari blog aku pada hari Khamis hingga Sabtu (8 - 10/12/2011) kerana aku ada misi melawat bumi Mahsuri sepanjang hari tersebut.

Jam 12.00 tengah hari tadi (Ahad 11/12/2011) barulah aku cuba sekali lagi mencari blog aku. Masih lagi paparan sebagai mana dalam gambarajah di atas yang dapat aku lihat. Sekali lagi aku isi borang maklumat on-line dalam "Contact Us' untuk memohon agar Google' mengembalikan semula blog aku.

Aku sebenarnya dah putus harapan terhadap blog aku. Aku sudah berkira-kira dalam masa beberapa hari akan datang ini jika aku tidak sibuk dengan kerja-kerja rutin aku, aku bercadang akan membuka satu akaun dengan Wordpress pula. Aku ingin juga merasai pengalaman berblog dengan Wordpress.

Akhirnya, Alhamdulillah, selepas Solat Isyak jam 9.00 malam aku menemui semula blog aku yang telah hilang selama 4 hari itu.

Terima kasih diucapkan kepada Google kerana mengembalikan semula Blog aku dan Gmail aku. Maka dengan ini hasrat aku untuk membuka akaun dengan Wordpress aku tangguhkan buat seketika.

Rakan-rakan blogger yang selalu terjah blog aku dan selalu conteng 'Shout Box' aku, mesti rindu kat aku kan?? Aku pun rindu kat korang semua. Cuma buat beberapa hari ini aku masih lagi belum ada mood berblog akibat terkejut blog aku hilang.

Namun fenomena kehilangan mood ini aku harapkan tidak berlaku terlalu lama.

Thanks kepada rakan-rakan yang menyokong kewujudan blog aku yang tak seberapa ini.

10 comments:

nurulasyikin berkata...

oh.. baguslah. mesti time tu rasa frust gila babs . alhamdulillah. mintak2 la tak jadi macam ni lagi :)

Polskahackrew berkata...

mesti cuakkan bro..penah kena jg.. rsnya mmg stiap blogger akan kena ni.. x tau sebab apa tapi rsnya google saja remove blog tu..klu blog spam x da org akan claim blog tu.. jadi google remove akan selamanya.. masa kena dl.terus serta merta repot kat google.lepas report kat google dpt blk..dlm ms 15 minit..tp x sempat buat screen shot..sbb panik

Shida Radzuan berkata...

hehee..shida pon penah kene remove tp shida xbt cam awak..
shida hantar email pda bloggerhelp then..feedback sgt cepat dlm 25 ke 20 minit blog shida dapat balik dgn sempurna..
lama tu 4hari mmg rsa mcm2 time tu..cuak?? ya...pkara plg awal rsa hehee.. ^_^

fazaira berkata...

huhu.... gua pun penah kene gak tp gua punye kuar msg error, pehtu anto jer kat googlenye 'send feedback', selang berape ari baru dapat balik...

benggang gak mase tu, dah la kite banyak simpan info yg bergune tgk tetibe jer ilang sume tu kejap jer..

Unknown berkata...

aku pon dh pernah kena gak ..seb baik dpt blk

afzalsukasuki berkata...

tu la bro aku dah perasan lama..klu ko takde,aku pon tanak berblog la.uhuk3

siti berkata...

follower hlg pn dah tkjt, apa lagi klau blog.. hehe;)

Mohd Rozaiman berkata...

....pengalaman yg menervouskan la...risau jugakan...

Unknown berkata...

pergh..
bila baca entry ni, tetiba rasa cuak gak..
alhamdulilah dpt gak balik... :)

mselim3 berkata...

Assalammualikum....koding,

Insaallah orang baik, Allah akan mudahkan ...k, kita semua rakan blogger sentiasa sokong blog anda k..

mselim3

pls: x pernah ader akaun wordpress.. best ker pakai wordpress.. byk member kata best x pernah pakai lagi...setakat nie setia aje dengan blogspot..hhehehe