19 Januari 2012

Bebola Konkrit Untuk Halang Penumpang Atas Kereta Api

Inilah masalah yang ingin diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Indonesia. Tujuannya pastilah tidak lain adalah kerana mengutamakan keselamatan penumpang.



Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mencuba pelbagai kaedah unik termasuk menyembur dengan cat merah dan menggunakan anjing garang untuk menghalang penumpang daripada berada di atas bumbung kereata api.

Terbaru, pemerintah Indonesia menggantungkan bebola-bebola konkrit sebesar buah limau gedang pada palang-palang besi yang didirikan di sepanjang laluan kereta api.

Jarak bebola besi tersebut daripada bumbung kereta api cuma beberapa sentimeter.


Pihak berkuasa berharap bebola berkenaan yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena kepala manusia, akan dapat mencegah orang ramai daripada menaiki bumbung kereta api.

"Kami mencuba apa sahaja cara sebelum ini termasuk meletakkan kawat berduri di atas bumbung kereta api tetapi tiada apa yang berkesan," kata jurucakap syarikat kereta api api milik pemerintah.


Kerja-kerja pemasangan bebola konkrit.


BEBERAPA pekerja menggantung bebola pada sebatang palang di landasan kereta api di Bekasi, Jawa Barat.

Palang bebola konkrit pertama dipasang hanya beberapa meter daripada stesen kereta api di pinggir bandar raya ini dan jika berjaya, projek tersebut akan diperluas ke seluruh Indonesia. - Agensi

Sumber: Kosmo

Kemaskini 19 Jan.2012

Pagi Rabu 18 Jan. 2012, bumbung-bumbung beberapa keretapi milik syarikat Kereta Api Indonesia (KAI) yang menunju ke Jakarta bersih daripada penumpang atap atau lebih dikenali dengan istilah tempatan sebagai 'Atapers'.

Keadaan yang agak luar biasa ini berlaku selepas KAI memasang bola-bola konkrit yang digantung dengan rantai panjang dari palang besi seperti gawang gol, sehingga bola-bola itu boleh menghentam dan menyapu penumpang yang duduk di atas bumbung keretapi.

Tinjauan media mendapati penumpang yang biasa naik ke atas bumbung keretapi di lintasan Bekasi, Jawa Barat, tidak lagi kelihatan.

Ada juga pihak berpendapat langkah itu hanya berkesan untuk beberapa bulan sahaja kerana bola-bola konkrit itu tidak terlalu dekat dengan bumbung kereta api dan masih boleh dielakkan oleh penumpang yang ada di atas bumbung itu.

Sumber: Bernama

Kumpulan Hak Asasi Manusia mengatakan langkah pihak pengendali keretapi milik pemerintah untuk menggantung 20 biji bola konkrit seberat 2 kg setiap satu pada palang atas landasan berisiko menyebabkan kematian dan mendiskriminasi penduduk miskin.

Seorang anggota Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Kebangsaan berkata pihak berkuasa sebaiknya melaksanakan langkah seperti menghentikan kereta api daripada meninggalkan stesen jika seseorang duduk di atas bumbung – Agensi.

Sumber: Kosmo 19 Jan. 2012.

Persoalan: Bola tersebut barangkali dapat menghalang Atapers. Bagaimana pula cara untuk menghalang penumpang yang bergayutan di kiri, kanan dan belakang kereta api?





Sumber Foto: Google Search.

5 comments:

Dayang Deno berkata...

nak buat macam mana.. penduduk ramai sgt... mmg tak muat kereta api tu... tapi bahaya pulak duk ramai2 mcm tu... boleh terbalik kereta api... ramai sgt... kiri kanan atas kereta api, penuh... tu tak masuk dalam lagi, mcm sardin... kesian jugak, dah diaorang susah... hmmm

Unknown berkata...

brani mati betol rakyat depa

Tanpa Nama berkata...

ushh sampai gitu sekali.kalau part kona nanti,tak ke jatuh mereka di atas or tepi tuh?

AZMI KHAN berkata...

ingat india td....
hebat gak indon nie.....

Unknown berkata...

saya ingtkn di india sbb biasanya gmbr2 mcm ni slalu lihat kt india. skrg kat indonesia pun ada? dahsyat...