Nuff Atas

18 Januari 2012

Kombinasi Dua Imej Oleh Oleg Shuplyak

Hasil kerja seni yang menarik. Hasil seni yang merupakan suatu Ilusi Optik.



Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum.

Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.

Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang.


Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik.

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.

Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti.

Sumber: Sinar Harian

Lagi Kerja Seni Oleh Oleg Shuplyak:



















Sumber Gambar: Google Search.

4 comments:

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) berkata...

komen positif and follow sini
jom usha belah sana pulak ngeh2

hyz berkata...

kreatif kan?

Ungu Violet berkata...

hebat..:)

deno berkata...

sangat kreatif!!! suke gambar2 nie :)