27 Mac 2012

Kapal Hanyut Tsunami Jepun Sampai Ke Kanada


GAMBAR Jabatan Pertahanan Kebangsaan Kanada menunjukkan kapal nelayan Jepun berada di luar pantai barat Kanada pada 20 Mac 2012 lalu.

Sebuah kapal pukat tunda Jepun tanpa kru yang dihanyutkan tsunami setahun lalu kini menghampiri pantai barat Kanada. Menurut laporan stesen televisyen CNN dan akhbar Vancouver Sun, kapal itu dilihat terapung kira-kira 224 kilometer (km) dari pantai British Columbia. Barat menggelarnya dengan nama 'Japanese Ghost Ship'.

Menurut CNN, kapal yang dilengkapi peralatan menangkap sotong itu ditemui semasa sebuah pesawat tentera Kanada melakukan rondaan. Juruterbang pesawat itu kemudian menghantar nombor pendaftaran pada badan kapal itu kepada Pengawal Pantai Jepun.




Sebelum ini, kapal tersebut berlabuh di bandar Hachinohe, wilayah Aomori semasa bencana tsunami melanda pantai timur Jepun pada 11 Mac tahun 2011 lalu.

"Kapal itu kelihatan berada dalam keadaan baik dan ia mempunyai jalur karat kerana terbiar selama setahun," kata seorang penyelaras maritim di sebuah pusat penyelamat di Victoria, British Columbia, Marc Proulx kepada CNN.

Sementara itu, beberapa pegawai Kanada bimbang jika kapal itu boleh menghalang pelayaran kapal lain.
(Sumber: Kosmo 26/03/2012)

'Kapal hantu' ditenggelamkan


ASAP menjulang dari kapal Ryou-Un Maru.

Pelayaran kapal nelayan Jepun, Ryou-Un Maru berakhir di perairan Alaska kelmarin apabila ia ditenggelamkan dengan menggunakan bedilan meriam dari kapal Pengawal Pantai AS. Kapal sepanjang sekitar 50 meter itu hanyut di Lautan Pasifik sehingga ke perairan Alaska ekoran bencana tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun 2012 lalu.

Seorang pegawai pengawal pantai, Kip Wadlow dalam satu kenyataan memberitahu, 'kapal hantu' itu terbakar dan tenggelam dalam tempoh empat jam. Ia tenggelam ke dasar laut pada kedalaman lebih 1,830 meter, 290 kilometer ke barat daya perairan Alaska.

Kapal Ryou-Un Maru pada mulanya dikesan terapung di perairan Kanada pada 24 Mac 2012 lalu. Pihak berkuasa AS memutuskan untuk menenggelamkan kapal berkenaan bagi mengelakkan ia membahayakan kapal-kapal lain terutamanya di waktu malam.

Pemilik kapal tersebut berkata, mereka tidak mahu kapal itu lagi.

Awal pagi 6 April 2012, sepasukan krew kapal Kanada cuba menyelamatkan kapal itu, namun selepas melakukan siasatan secara terperinci, mereka meninggalkan kapal berkenaan sebelum memulakan operasi menenggelamkannya.

Jurucakap Pengawal Pantai Alaska, Sara Francis memberi jaminan tiada risiko kapal itu boleh mencemarkan perairan Alaskan dan Kanada.

"Jika terdapat minyak dalam kapal itu, ia merupakan minyak diesel yang boleh hilang dengan cepat dan tidak berbahaya kepada persekitaran," katanya.

(Sumber: Kosmo, Utusan Kemaskini 07/04/2012)

5 comments:

Tinta Lana berkata...

Sekali pndg, macam kapal berhantu pn ada..hehehe

ch000tz berkata...

mcm kapal tinggal ajer...

aswadz berkata...

hbt kapal tu x karam walaupun xde org kemudi.

arituarini berkata...

wow setahun dah sampai kanada..klau ada lanun dia dah ambik tu..

caliph shuriken berkata...

bole guna lagi kapal ni ^^