Nuff Atas

08 Mei 2012

Semakan Status Ke IPTA 2012 Bagi Lepasan SPM



Semak Status Permohonan ke IPT Menerusi SMS

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai 7 Mei 2012 sehingga jam 12 malam 28 Mei 2012.

Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS dengan menghantar UPU RESULT [No kad pengenalan] ke 15888 atau hubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03-55692840 untuk sebarang pertanyaan.

Sumber: BHarian

Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai Isnin 7 Mei 2012. Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai Selasa 8 Mei 2012.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula 8 hingga 15 Mei 2012.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

Bagi calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 18 Mei dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM di talian 03-79673448/3440/3502, Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-89215336/5041/4126 atau Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507 dan Bahagian Akademik UPM di talian 03-89466059/6060/6056.

Sumber: BERNAMA [07/05/2012]

P/S: Tahniah kepada yang berjaya. Selamat Melanjutkan Pelajaran ke Universiti...

2 comments:

Namora Boru Suti Mandailing berkata...

esok baru boleh semak universiti di daerah mana penempatan pelajar..

Si Matatajam berkata...

Anak sedara M ada sorang tunggu apa la nasibnya. Kl ada rezeki ke uitm. Alhamdulillah .