17 Julai 2012
Fazley Juara MasterChef Selebriti 2012
Mula belajar masak ketika isteri dalam pantang
SIAPA sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob, 33, muncul juara MasterChef Selebriti. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.
Wang kemenangan sebanyak RM57,500 pula bakal disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Kata Fazley, badan yang diwakili amat bertepatan memandangkan beberapa ahli keluarganya seperti nenek di sebelah bapa antara penghidapnya.
Mengimbau kembali penyertaannya beberapa bulan lalu, ujar Fazley, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menyahut cabaran itu. Apatah lagi pada awalnya, Astro sekadar memaklumkan mereka mahu dirinya menghulurkan khidmat sebagai pakar motivasi. Hakikatnya, namanya dicalonkan sebagai peserta.
Niat murni
Berpuluh kali mempertimbangkan tawaran itu, akhirnya dia bersetuju kerana niat murni program itu untuk membantu pihak memerlukan.
“Saya mula belajar masak sewaktu isteri melahirkan anak pertama kami, Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang saya akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).
“Biasanya, saya hanya memasak sepenuhnya dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran. Jadi jika hendak dikira, dari anak pertama hingga ketiga, saya hanya benar-benar memasak dalam enam minggu saja.
Fazley menerima ciuman tahniah daripada isteri.
Percubaan menjadi
“Sebelum ini saya rasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana isteri dan ibu suka memasak. Ketika menuntut di New Zealand saya hanya masak mi segera. Hendak masak nasi pun saya terpaksa telefon ibu untuk bertanyakan caranya.
“Waktu isteri dalam pantang barulah saya cuba memasak, itu pun sekadar main campak-campak saja. Saya tidak pernah merujuk mana-mana buku ataupun resipi di internet. Malah saya tidak sangka percubaan demi percubaan saban minggu dalam MasterChef menjadi. Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.
Peminat bertambah
Sejak menyertai program itu juga, ruang lingkup peminatnya juga semakin berkembang. Jika keluar ke mana-mana, pasti ada peminat berbilang bangsa yang akan menegur. Andai sebelum ini kebanyakannya bertanyakan perkara berkaitan motivasi, tetapi kali ini dia ditanya mengenai tip masakan.
“Pernah saya ditegur seorang wanita India yang ingin tahu bagaimana cara memasak maruku dengan betul. Saya terpaksa terangkan kepadanya yang saya bukanlah pakar sangat mengenai masakan.
“Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan,” kata Fazley.
Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.
Angah memberikan tentangan hebat buat Fazley pada saingan akhir.
Info:
Fazley - RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah - RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)
Sumber: BHarian
Aktiviti ‘mengacau’ isteri di dapur banyak membantu Fazley dalam menyediakan menu istimewa sehingga muncul juara.
Ditawar jadi hos
Hasil kemenangan itu, pihak Astro telah menawarkan Fazley untuk menjadi hos program Chef Suprise untuk 13 episod. Menerusi program tersebut, selain bertindak sebagai hos, dia juga akan beraksi sebagai chef menyediakan masakan untuk tetamu.
“Setakat ini saya telah buat penggambaran untuk tiga episod iaitu dengan Angah Raja Lawak, Sazzy Falak dan Ropi Cecupak. Dalam program ini, selebriti boleh buat permintaan untuk mengejutkan suami, isteri atau sahabat handai mereka.
“Tugas saya pula menyediakan masakan mengikut kehendak mereka untuk tetamu yang dipilih oleh selebriti tersebut. Saya pun tidak tahu siapa tetamu undangan kerana penerbit hanya akan beritahu saya saat akhir," ceritanya.
Kata Fazley, kemenangan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia membawa banyak rahmat kepadanya. Jika selama ini dia sering diundang untuk menjadi penceramah atau memberi motivasi kepada orang ramai, sekarang ini tugasnya bertambah sebagai chef pula.
“Dari memberi ceramah di dewan, saya kena beri ceramah kat dapur pula. Biarpun tugas bertambah tapi saya suka kerana dapat berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dalam MasterChef dengan orang luar.
“Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk mencipta menu baru, tapi sejak berhadapan dengan cabaran MasterChef, apa sahaja bahan yang diberi, saya rasa boleh buat sahaja," katanya.
Bagi Fazley, dia lebih selesa meneruskan tanggungjawab sebagai penceramah bebas, penyanyi, pengacara, penulis lirik dan komposer serta ketua rumah tangga.
Sumber: Utusan
Labels:
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
maka berakhir la sudah siri kegemaran PPP ha ha ha tapi rasa2nya akan ada next Master Chef kan?? hu hu hu best2 :)
oow beliau ni lah yg mng :D haha
terbaikk.. congratz DF ^^
Catat Ulasan