10 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan



Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012  

Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
Tempat : Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Masa : 8.00 pagi
Perasmian : YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia)




Catatan:

Perlaksanaan Program Senamrobik Serentak ini ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua sekolah seluruh Malaysia pada 10 Julai 2012 (Selasa) bermula jam 7.00 hingga 10.00 pagi. (Rujuk Surat Siaran).

Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini. Senamrobik itu dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai 3,660,580 murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.


Bertempat di Sekolah Wawasan USJ 15 bersama kira-kira 3,000 peserta di sini, Timbalan Perdana Menteri merasmikan Program Senamrobik tersebut serta meluangkan kira-kira 45 minit melakukan senaman tersebut yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan bermula 7.55 pagi.


Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu, Muhyiddin berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.


"Bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid," katanya.

Program hari ini merupakan kesinambungan kepada Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan kementerian tersebut di Perak tahun lalu.


Tahun 2011 lepas, kementerian mencatat nama dalam MBR melalui program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan oleh 4.1 juta pelajar dari 9,980 sekolah seluruh negara. [Kosmo, Utusan]

0 comments: