03 Ogos 2012
Tujuan Tadarus Al-Quran
TADARUS al-Quran di bulan Ramadan tidak boleh ditafsir sebagai aktiviti 'perlumbaan' mengkhatam al-Quran 30 juzuk semata-mata, sebaliknya bertujuan mengajak masyarakat Islam menghayati proses 'ajar dan belajar' al-Quran bersama rakan atau dalam kumpulan.
Amalan tadarus dimulakan Nabi Muhammad bersama malaikat Jibril di mana baginda khatam sekali membaca al-Quran dengan Jibril pada setiap Ramadan kecuali pada tahun kematiannya di mana baginda telah khatam dua kali.
Tadarus adalah peluang terbaik di mana pembaca al-Quran dapat saling menegur kesalahan masing-masing dan bukan sekadar membaca untuk khatam.
Tadarus pada asalnya adalah program Nabi Muhammad belajar al-Quran bersama Jibril setiap kali tibanya bulan Ramadan. Malaikat Jibril akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad yang kemudiannya akan memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibril pula.
Proses ini dicontohi pula oleh para sahabat nabi yang saling membetulkan bacaan masing-masing sehingga khatam al-Quran.
Umat Islam boleh mengikuti program tadarus yang dianjurkan di masjid-masjid ataupun membuat kumpulan sendiri dan memilih seorang guru al-Quran yang boleh menegur bacaan mereka. Ahli dalam kumpulan boleh membaca al-Quran secara bergilir-gilir dengan pemantauan guru dan rakan-rakan lain yang lebih berkeupayaan.
Sebahagian ahli Jemaah Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bertadarus al-Quran bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan.
Membaca al-Quran secara berkumpulan adalah perkara yang sangat digalakkan dan ada hadis menyatakan bahawa mana-mana orang yang berkumpul untuk membaca al-Quran maka Allah akan datangkan kepada mereka 'sakinah'.
Kalangan ulama mentafsirkan maksud sakinah ini kepada dua perkara, iaitu pertamanya mereka akan mendapat ketenangan dan maksud kedua adalah para malaikat akan datang berduyun-duyun menyertai kumpulan yang sedang membaca al-Quran.
Dalam masa sama, beliau berkata, khatam al-Quran pada bulan Ramadan dituntut kerana ulama menyebut bahawa hak al-Quran adalah untuk ia dikhatam sekurang-kurangnya dua kali setahun oleh pembacanya dan salah satunya dilakukan pada bulan Ramadan.
KITAB al-Quran perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian umat Islam. - Gambar hiasan
Adalah disarankan untuk membaca antara satu hingga satu setengah juzuk al-Quran setiap hari bergantung kepada kemampuan ahli tadarus dengan sasaran agar dapat khatam di hujung Ramadan.
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
Sumber: Utusan
Labels:
Indahnya Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
camner kita nak menghayati klw isikandungan pun kita tak faham kan?? aku masih lagi dalam proses memperbaiki bacaan Quraan aku semoga satu saat aku akan dapat buat yg terbaik.. insyallah amin...
dalam usaha utk habiskan 1 juzuk sepanjang ramadan..belum berjaya...kadang2 "off"..hmmm
kak peri2.. jika berpeluang bole rujuk pd tafsiran sama ada secara manual / online ^^
Catat Ulasan