23 Oktober 2012

AFF Suzuki 2012: Misi Harimau Malaya Pertahan Juara



Pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal akhirnya mengumumkan senarai 35 pelatih bagi menggalas cabaran negara mempertahankan Piala AFF Suzuki yang bakal membuka tirainya November 2012 depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan 28 pelatih yang bakal menjalani latihan pusat di Wisma FAM.

Seramai 28 pemain dipanggil untuk sesi latihan pusat dan pemilihan bagi persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A'  pada bulan November 2012.

Tujuh pemain pelatih 'KIV' diminta bersedia menjalani latihan dan pemilihan pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana 28 pemain itu yang mengalami kecederaan.


Kecemerlangan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali sepanjang kempen Piala Malaysia berbaloi apabila turut dipanggil Rajagobal kali ini sebagai penjaga gol ketiga negara di belakang Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Khairul Fahmi.

Senarai 28 pemain:
-----------------

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah);
Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor);
Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan (Negeri Sembilan);
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan);

Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu);
Azamuddin Mohd Akil, R Gopinathan (Pahang);
Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A);
Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim (ATM);
Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (FELDA United);
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

Pemain Simpanan (KIV):
---------------
Mohd Amri Yahyah (Selangor);
Ahmad Shakir Mohd Ali (Negeri Sembilan),
D. Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM);
Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A).


MAHALLI (dua dari kiri) turut tersenarai untuk menyertai latihan skuad Piala AFF Suzuki negara. 

Harimau Malaya hadapi tiga perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF Suzuki

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatur tiga perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' kepada skuad Harimau Malaya bulan November 2012 depan, sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula 23 November 2012.

FAM dalam kenyataan berkata, tiga perlawanan persahabatan itu membabitkan pertemuan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 3 November; berdepan Thailand di Chiang Mai pada 7 November sebelum menamatkan aksi bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 November 2012.

Jadual Perlawanan AFF

Pada edisi Piala AFF Suzuki kali ini, Harimau Malaya diundi bersama Indonesia, Singapura dan Laos dalam Kumpulan B.

Malaysia akan memulakan kempen menentang Singapura pada 25 November 2012, diikuti berdepan Laos dua hari kemudian sebelum menamatkan aksi kumpulan bertemu Indonesia, 1 Disember 2012.

Juara tiga kali, Thailand yang merupakan tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012 dengan Malaysia pula diundi dalam Kumpulan A bersama juara edisi 2008 Vietnam, Filipina dan Myanmar.

Perlawanan Kumpulan A akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand manakala aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 24 November hingga 22 Disember 2012.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir dengan format perlawanan, bermain di tempat sendiri dan lawan dari 8 hingga 13 Disember 2012.

Sumber: Kosmo [Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE] dan BHarian

0 comments: