04 Januari 2013
Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200
Cepat! Rebut Peluang Ini Segera! 'Siapa cepat dia dapat!' ......
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut pada 2 Januari 2013.
Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.
Menurutnya, pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu pada hari pertama selepas pendaftarannya dibuka pada 3 Januari 2013.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.
Sumber: Utusan [03/01/2013]
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim menyambut baik keputusan kerajaan melonggarkan syarat pembelian telefon di bawah skim itu.
"Kelonggaran itu bermakna generasi muda ada lebih banyak pilihan model telefon pintar untuk dibeli. Namun MBM sekadar mengingatkan mereka membeli mengikut kemampuan dan elak daripada pembaziran," katanya.
Menurutnya, pemilikan telefon pintar 3G membabitkan kos lebih tinggi seperti bayaran bulanan untuk pakej jalur lebar mudah alih dan sebagainya.
Sumber: Kosmo [03/01/2013]
Seramai 121,000 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, secara puratanya sebanyak 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu.
Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’, iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu.
Sumber: Kosmo [10/01/2013]
SKMM tawar 70 model telefon pintar 3G
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB).
SKMM dalam kenyataannya menjelaskan, belia yang telah mendaftar boleh menyemak model-model telefon serta senarai penjual di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.
Model terbabit ialah iPhone 5, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Mini 2, Samsung Galaxy Y 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Ace Plus, Samsung Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Nexus 10, LG Optimus LE E400, HTC Desire C, HTC One X dan HTC Wildfire S.
Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430.
Kenyataan itu menambah, para belia juga dinasihatkan agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar.
Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik.
Sumber: Kosmo, BHarian [13/1/2013]
Catatan:
Apabila membeli telefon bimbit jangan lupa untuk menyemak ketulenan barangan tersebut.
Caranya ialah:
1). Tekan Kod *#06# pada telefon bimbit tersebut untuk memeriksa nombor siri 15 digit pada telefon bimbit itu.
2). Bandingkan nombor tersebut dengan pelekat pada telefon bimbit dan kotak. Jika kedua-dua nombor siri yang tertera adalah sama, maka set anda adalah asli dan begitulah jika sebaliknya.
3). Perhatikan digit ketujuh dan kelapan dalam nombor siri 15 digit itu, Telefon bimbit anda adalah dari kualiti yang baik jika bernombor 01 atau 10, kualiti terbaik jika 00 dan kualiti boleh tahan jika 08 atau 80.
Sumber: http://aidawahablovefun.blogspot.com/ dan http://izhanhamidi.blogspot.com/
Labels:
ICT,
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan