Nuff Atas

05 Februari 2013

FAM Tolak Hasrat PKNS Guna Khidmat Nazmi Lebih Awal

PKNS terpaksa menangguhkan hasrat untuk menurunkan Nazmi Faiz Mansur dalam perlawanan Liga Super menentang Felda United pada 16 Februari 2013 atas peraturan FAM yang berikut:

1. Nazmi Faiz Mansor perlu memiliki Sijil Perpindahan Antara bangsa sebelum mengemukakan permohonan menyertai pasukan baru.

2. Mana-mana pasukan tidak boleh menurunkan pemain baharu sehingga jendela perpindahan kedua dibuka dari 8 hingga 22 April 2013 kerana pendaftaran siri pertama perpindahan pemain Liga Malaysia tamat 6 Disember 2012.

3. Mana-mana pemain yang keluar dari kelab lain sama ada dalam negara atau luar negara perlu kembali ke kelab asal mereka.




Bintang muda negara Nazmi Faiz Mansor terpaksa menangguhkan hasrat beraksi dalam liga tempatan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan Selangor PKNS untuk menggunakan khidmat pemain itu lebih awal dalam kempen Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata berdasarkan peraturan semasa, bekas pemain skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) itu perlu memiliki Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum mengemukakan permohonan.

Nazmi Faiz, 18, menamatkan kontrak tiga tahun dengan kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar, selepas tujuh bulan untuk pulang beraksi dalam liga tempatan. Nazmi Faiz mula menyertai SC Beira-Mar pada Mei 2011.

Namun sehingga kini beliau masih belum mendedahkan alasan sebenar atau permasalahan yang dialami sehingga membawa kepada penamatan kontrak bersama Beira Mar.

Nazmi Faiz telah mengesahkan status sebagai pemain baharu kelab Liga Super PKNS, selepas mengikat kontrak selama tiga tahun.

Selain Sijil ITC, peraturan FAM menetapkan mana-mana pasukan tidak boleh menurunkan pemain baharu sehingga jendela perpindahan kedua dibuka dari 8 hingga 22 April 2013 ini.

"Kita terpaksa menolak permohonan PKNS untuk mendaftar Nazmi Faiz secara serta-merta kerana pendaftaran siri pertama perpindahan pemain Liga Malaysia tamat 6 Disember lalu," kata Datuk Azzuddin.

"Mengikut peraturan mana-mana pemain yang keluar dari kelab lain sama ada dalam negara atau luar negara perlu kembali ke kelab asal. Dalam hal ini, setelah meninggalkan kelab Portugal itu, Nazmi Faiz sepatutnya kembali kepada Harimau Muda A," jelasnya.

PKNS berhasrat menggunakan khidmat pemain itu pada aksi Liga Super yang bakal bersambung, menentang Felda United, di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, 16 Feb 2013 ini.

Pengurus pasukan PKNS, Azmi Adnan berkata, pihaknya akur dengan keputusan itu, namun bagi memastikan prestasi Nazmi Faiz tidak terjejas, kelab terbabit akan terus memberikan latihan kepada beliau sehingga pendaftaran kedua pemain baru dibuka pada April. - BERNAMA

Sumber: BHarian [2013/02/04]

P/S: Sebagai makluman Malaysia mempunyai seorang lagi pemain bola sepak yang sedang berkhidmat dengan pasukan kelab luar negara. Beliau adalah Ahmad Fakri Saarani yang bermain untuk kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C.

Semoga Ahmad Fakri kekal berkhidmat di situ sehingga tamat kontrak ...

1 comments:

myfreeminded berkata...

Mushkil sebenarnya dengan pemain berbakat yang sorang ni.. macam2 pulak....