06 Mei 2013

PRU-13 ~ Tahniah Kepada Parti Yang Menang



Setelah berkempen selama 15 hari akhirnya rakyat telah melepasi satu ujian dalam memilih pemimpin. Keputusan siapa yang kalah dan siapa yang menang telahpun diketahui.

Dengan keputusan ini untuk beberapa hari akan datang cakap-cakap PRU-13 akan berkisar tentang kemenangan seseorang individu dan kekalahan individu tertentu terutamanya tentang tokoh-tokoh besar di arena politik.

Dengan berakhirnya proses pemilihan PRU-13, bermakna kita tidak akan lagi dengar cakap-cakap politik yang saling hentam-menghentam, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah antara satu parti dengan parti yang lain.

Setakat jam 1 pagi semasa entri ini ditulis, BN telah mendahului PR dengan 117 kerusi daripada sejumlah 222 kerusi parlimen. Bermakna BN berjaya memperolehi kemenangan seterusnya mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan yang memerintah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak lama kemudian muncul dikaca TV untuk mengumumkan kemenangan BN.

Tahniah kepada parti dan calon yang meraih kemenangan. Kepada calon yang tidak berjaya jangan kecewa cuba lagi lima tahun dari sekarang dalam PRU-14, 2018 InsyaAllah.


Saya mengikuti perkembangan keputusan PRU-13 ini melalui Astro Awani. Perkembangan keputusan PRU-13 ini juga boleh dilihat dalam laman web http://www.astroawani.com/election/.

Selain itu keputusan terperinci ini juga anda boleh perolehi dari akhbar Kosmo online di alamat http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Keputusan

Saya akan mengikuti keputusan lanjut ini besok pagi. sekarang masa untuk saya masuk tidur. Maklumlah besok kena bangun pagi, untuk solat subuh. Kemudian kena pergi kerja. Memang saya berharap pihak-pihak yang menang dan berjaya membentuk kerajaan untuk mengistiharkan cuti tanda kegembiraan mereka mengecapi kemenangan dan sebagai tanda terima kasih kerana majoriti rakyat Malaysia menyokong mereka.

Berita Kemaskini Jam 10 pagi.

Pagi ini sebaik selesai solat suboh berjemaah di masjid, saya cari di internet maklumat tentang peristiharan cuti yang mungkin lewat diumumkan oleh PM kita. Bagaimanapun berita tentang pengumuman tersebut tidak saya temui.

Bermakna hari ini saya kena pergi bekerja. Maka saya pun dengan berat hati menuju ke tempat kerja dengan satu semangat 'yang hilang' demi mu 1 Malaysia ....

1 comments:

MyFreeMinded berkata...

Aonther Time Lah... :)