20 Julai 2013
New Century Global Centre Bangunan Terbesar Di Dunia
IMEJ menunjukkan bentuk bangunan terbesar di China yang dibuka pada hujung minggu lalu.- AFP
SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail. Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.
Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon. Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.
Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean. Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britain, Zaha Hadid. - Agensi
Sumber: Kosmo
Labels:
Luar Negara,
Teknologi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan