20 Ogos 2013

Penutup Kepala Elak Meniru Ketika Peperiksaan


SERAMAI 100 pelajar Universiti Kasetsart, Bangkok memakai penutup mata semasa menduduki peperiksaan pada Rabu 14 Ogos 2013 lalu.- Agensi

BANGKOK – Pihak pengurusan sebuah universiti di Thailand mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sejenis penutup kepala khas bagi menghalang pelajarnya meniru dalam peperiksaan.

Penutup kepala itu diperkenalkan bagi menghalang calon yang menduduki kertas peperiksaan daripada mencuri pandang kertas peperiksaan rakan mereka.

Hiasan aneh itu diperbuat daripada dua helai kertas saiz A4 yang disambung menggunakan dawai kokot untuk dipakai di kepala.


Penutup kepala itu telah digunakan oleh hampir 100 pelajar yang menduduki peperiksaan di Universiti Kasetsart, ibu kota Thailand di sini pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, seorang pakar pendidikan, Somphong Chitradub menyatakan, pemakaian penutup kepala itu membayangkan bahawa penipuan berleluasa dalam sistem pendidikan Thailand.

“Sudah menjadi lumrah pelajar di negara ini membantu rakan-rakan lain dengan membenarkan mereka meniru,” katanya. – AFP

Sumber: Kosmo

1 comments:

Mizz Aiza berkata...

kreatif idea tu walaupun nampak kelakar..