23 Ogos 2013

R4BIA ~ Logo Solidariti Mesir

oı
R4BIA 4 Jari Logo Solidariti Mesir

Simbol R4BIA 4 jari merupakan logo Solidariti Mesir sebagai tanda sokongan padu terhadap pemerintahan Presiden Mesir iaitu Morsi walaupun telah digulingkan oleh pihak tentera. Pada ketika ini, konfik di Mesir semakin teruk dan ratusan penyokong Presiden Morsi dan orang awam terbunuh akibat pergolakan tersebut. Simbol solidariti R4BIA, bertujuan menentang sekerasnya kezaliman yang berlaku di Mesir pada ketika ini.

Maksud Simbol Logo 4 Jari R4BIA

1. Maksud R4BIA- Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.


2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada Sabtu 17 Ogos 2013, setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan simbol R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Sumber: Melvister

1573_480552872026512_1522001589_n
[R4BIA] ~ Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir

[R4BIA] Logo solidariti untuk Mesir.

Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

rabiah
Angka 4 atau rabi’ah/arba’ah dalam Bahasa Arab merupakan simbol bagi keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.

Sumber: Facebook IKRAM

0 comments: