Nuff Atas

30 September 2013

Berbelanja Secara Online


Gaya hidup baru generasi klik hanya di hujung jari

Segala-galanya hanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan dan trend itu rancak berkembang dalam kalangan masyarakat tempatan terutama wanita sejurus mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Pembelian secara dalam talian juga membuka berpeluang kepada pembeli untuk mendapat barangan edisi terhad atau tidak dijual di negara ini secara eksklusif, sesetengahnya ditawarkan dengan harga lebih murah.

Pembelian dalam talian juga mencatatkan peningkatan mengejutkan sebanyak kira-kira empat kali ganda sejak tiga tahun lalu." Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Malaysia, Pakistan dan Bangladesh, Google Malaysia.


Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui talian.

Kebanyakan penganalisis luar negara turut meramalkan agensi pelancongan, kedai telefon bimbit dan bank mungkin akan hilang perniagaan berikutan pengguna lebih gemar membeli barangan secara dalam talian dan hanya ke kedai untuk membeli makanan atau minuman saja.

Seiring dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, cara membeli secara dalam talian kini semakin menerima sambutan. Hatta, ia dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter pusat membeli-belah.

5 web gergasi

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Malaysia, Pakistan dan Bangladesh, Google Malaysia, Zeffri Yusof, berkata pembeli alam maya menjadikan internet sebagai satu aliran terbaru untuk membeli-belah dan berbelanja.

Hampir menjadi gaya hidup masyarakat Malaysia, kehadiran banyak laman web gergasi meningkatkan lagi dorongan kepada aktiviti jual beli secara dalam talian.

“Antara lima laman web gergasi yang semakin menjadi tumpuan masyarakat bagi tujuan membeli-belah dan jual beli adalah eBay, Lelong.my, Taubao, Amazon dan Zalora yang menunjukkan meningkat secara mendadak sejak Mac hingga Julai 2012.

“Penggunaan pembelian dalam talian juga mencatatkan peningkatan mengejutkan sebanyak kira-kira empat kali ganda sejak tiga tahun lalu.

“Seiringan itu, pembelian menggunakan telefon pintar juga menunjukkan peningkatan sebanyak lebih 242 peratus berbanding komputer pada 21 peratus sepanjang Januari tahun 2013 lalu hingga Julai 2013.



INFO: Kekurangan membeli di internet

1. Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa yang lama untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu.

3. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.

4. Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli. Melalui internet anda tidak berpeluang untuk menyentuh sebaliknya sekadar membaca komen pembeli lain.

5. Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa.

Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.

Cara Membeli di Internet

1. Anda hanya perlu kunjungi laman membeli-belah di internet, kemudian cari dan pilih barang pilihan dan pilih cara pembayaran serta masukkan kiriman diminta dan semuanya siap.

2. Bagi membeli barang pada harga lelong anda diminta untuk menetapkan sesuatu harga pada barangan pilihan dalam jangka masa ditetapkan.

4. Keputusan pembelian akan diberitahu di laman sama.

5. Jika anda berjaya, lakukan langkah sama seperti cara belian di internet seperti biasa, tetapi jangan lupa untuk mencetak setiap dokumen atau borang yang anda isi di internet sebagai rujukan.

Cara Pembayaran

* Antara cara paling popular tentulah kad kredit.
* Langkah lain ialah kad debit, cek dan kiriman wang (money order).
* Pembeli juga boleh membuat pembayaran melalui paypal, iaitu perniagaan e-commerce membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet ditawarkan ebay.

INFO: Trend membeli oleh pengguna Malaysia dari dalam Malaysia dan luar negara

1. Membeli 2.5 kali ganda dari laman web Malaysia (RM173 juta) berbanding laman web luar negara (RM72 juta).

2. Kebanyakan produk berasas kewangan atau perkhidmatan (RM78 juta) dan juga kesihatan serta kecantikan (RM29 juta) di beli dari laman web Malaysia

3. Bagi kategori pakaian atau kasut dan aksesori pula, pembelian lebih kepada laman web tempatan (RM48 juta) berbanding laman web luar negara (RM41 juta)

4. Pembelian buku secara dalam talian pula mencatatkan laman web luar negara lebih banyak (RM63 juta) berbanding laman web tempatan (RM36 juta)

5. Begitu juga bagi pembelian video, muzik, permainan, laman web luar negara lebih banyak (RM51 juta) berbanding laman web tempatan (RM27 juta)

6. Negara kegemaran bagi rakyat Malaysia membeli-belah adalah Amerika Syarikat, Singapura, United Kingdom, China dan Hong Kong.

Nota: Kajian oleh Paypal Malaysia 2012

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
Sumber: BHarian [2013/08/23]

1 comments:

Harith Iskandar berkata...

belanja atas talian ni sy kurang percaya sgt sbb byk kes penipuan...hurmmm