25 Jun 2014

'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' Tema Hari Kemerdekaan Ke-57



Lirik lagu Sudirman tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

Pada 24 Jun 2014, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 mengumumkan 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' sebagai tema sambutan pada tahun 2014.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tema berkenaan dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.


"Tema ini dipilih bagi menyemai serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan majlis pra pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

"Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat," katanya

Sumber: Utusan



Logo Hari Kebangsaan Ke-57

Daripada pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan 2014 anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), telah diputuskan pemenang tempat pertama pertandingan tersebut iaitu Abdul Mutalid Abd. Rahman.

Logo yang dihasilkan Abdul Mutalid mempunyai rasional tersendiri yang merupakan sebahagian daripada pemarkahan juri. Angka 57 menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 mencerminkan kemakmuran serta keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan walaupun tinggal di sebuah negara yang berbilang etnik dan kepercayaan.

Sementara itu, bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat terus memelihara dan mengekalkannya.

Sumber: Kosmo

------------------------------------------------------------------------------------



Warisan - Sudirman

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lirik Warisan - Sudirman

------------------------------------------------------------------------------------


Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57

Tajuk: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Nyanyian: Bob Yusof

0 comments: