Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat. Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.
“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.
Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas. Ini kerana pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.