Nuff Atas

11 Februari 2012

Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos


Dibukti secara saintifik graviti bumi, manipulasi medan magnetik membolehkan telur tak tumbang

Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.

Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.

Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya.


Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan pada tahun 2012 ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang 4 Februari 2012.

Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ pada tarikh tersebut.

Seorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.

Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri. Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya. Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya.


Terpegun melihat telur ayam berdiri sempena Hari Telur Berdiri.

Ahli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.

Oleh Meor Hisham Zulkifli
Sumber: BHarian

10 comments:

TiraPengemis berkata...

uishhh...telur berdiri...saintifik boleh buktikan

Adeqda berkata...

boleh jea dengan adanya gravity..

Beckhrooy berkata...

Ingin nak tengok sendiri

khairul berkata...

Allah berkuasa atas segala2 nya

Ali Power berkata...

fuyo,style!!

caer sasuke berkata...

erk?wah hebat2

Bawang Goreng berkata...

Bueno!

onizuka berkata...

pasneyy nak try buat sendiri laa nk tgk depan mata sendiri yg telor tuu benar berdiri :D

zana berkata...

mcm mne tu?

c'axoera ヅ berkata...

maybe sebab ada anak ayam yang nak kuar tapi berdiri dalam tu hahaha