23 Disember 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Abd. Ghafar Mahmud menunjukkan laporan Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah di Putrajaya
PUTRAJAYA (Berita pada 23/12/2010): Seramai 30,863 (7.023 %) daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu. Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran hari ini. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata peningkatan pencapaian dalam 16 mata pelajaran yang terbaik itu diukur berdasarkan tiga petunjuk iaitu pencapaian cemerlang (semua A), pencapaian yang baik (minimum D) dan Gred Purata Nasional.

'Keputusan PMR secara keseluruhannya telah menunjukkan peningkatan dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang bertambah baik iaitu daripada 2.78 pada tahun 2009 kepada 2.74 pada tahun ini,"

Terengganu terus unggul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian PMR tahun ini apabila mencatat gred purata negeri (GPN) 2.58 berbanding 2.60 tahun sebelumnya. 


Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 MRSM mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ibrahim Ahmad, berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lalu.

Sumber:
http://www.bharian.com.my

http://www.utusan.com.my

0 comments: