Pada zaman dahulu kala dua orang sepupu yang bercita-cita tinggi bernama Parlo dan Bruto tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang kecil di Itali. Mereka berdua berkawan baik. Dan bercita-cita tinggi. Mereka akan berbual-bual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti mereka akan menjadi orang terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan rajin. Apa yang mereka perlukan adalah peluang yang baik.
Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah bandar tersebut. Kerja tersebut diserahkan kepada Parlo dan Bruto.
Mereka terus mencapai baldi lalu menuju ke sungai. Tatkala petang, mereka telah berjaya memenuhi tangki air. Ketua kampung membayar satu sen untuk setiap baldi.
“Impian kita telah jadi kenyataan” jerit Bruto kegirangan. “Saya tidak percaya nasib kita begitu baik” kata Parlo tidak begitu pasti.. Belakangnya sakit dan tangannya melecur akibat daripada membawa baldi yang berat. Dia takut untuk bangun dan pergi bekerja keesokannya. Dia bersumpah untuk memikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan air dari sungai ke kampung itu.
Parlo, Si Tukang Paip
“Bruto, aku ada satu cadangan,” Parlo berkata pada keesokan paginya ketika mereka berdua mencapai baldi dan menuju ke sungai. “Daripada kita mengangkut baldi ke hulu ke hilir hanya untuk beberapa sen sehari, apa kata kalau kita bina satu saluran paip dari sungai ke kampung”.
Bruto berhenti melangkah. “Saluran paip! Tak pernah dicakap dek orang?” Beliau menjerit. “Kita ada pekerjaan yang bagus, Parlo. Aku boleh mengangkut 100 baldi sehari. Satu sen untuk satu baldi adalah satu dolar sehari. Aku kaya. Di hujung minggu aku boleh beli sepasang kasut baru. Di penghujung bulan seekor lembu. Di penghujung enam bulan aku boleh bina sebuah rumah baru. Kita mempunyai pekerjaan yang terbaik di bandar ini. Kita mempunyai cuti di hujung minggu dan dua minggu cuti bergaji tiap-tiap tahun. Kita telah ada pekerjaan yang tetap seumur hidup. Lupakan saja pasal paip kamu tu!”
Tetapi Parlo tidak patah semangat. Beliau dengan sabar menerangkan rancangan saluran paip kepada kawan baiknya itu. Parlo bekerja separuh hari memunggah baldi air dan separuh hari lagi serta hujung minggunya membina pipelinenya. Dia tahu ianya kerja yang sukar menggali lubang di dalam tanah yang berbatu. Memandangkan beliau dibayar mengikut jumlah baldi, dia sedar pendapatannya akan berkurangan pada peringkat awal. Dia juga sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua, sebelum paipnya memulangkan hasil yang banyak. Tetapi Parlo percaya kepada cita-citanya dan terus berkerja.
Pipeline Sedang Berkembang
Bruto dan para penduduk kampung mula mengejek Parlo, memanggilnya “Parlo Si Tukang Paip”. Bruto yang mendapat upah hampir dua kali ganda dengan pendapatan Parlo menayang-nayangkan pembeliannya. Dia membeli seekor keldai lengkap dengan pelana kulit yang baru dan menambatnya di luar rumah dua tingkat yang baru dibelinya. Dia juga membeli pakaian yang mahal-mahal dan makanan yang sedap-sedap di kedai. Penduduk kampung memanggilnya Tuan Bruto, dan mereka bersorak apabila Bruto belanja mereka minum di kedai serta ketawa kuat mendengar lawaknya.
Tindakan yang sedikit bersamaan dengan Hasil yang banyak
Ketika Bruto berbaring di dalam buaian di waktu petang serta hujung minggu, Parlo terus menggali pipelinenya. Pada awal beberapa bulan yang pertama hasil usahanya tidak dapat dilihat. Kerjanya sukar – malah lebih teruk daripada Bruto kerana Parlo bekerja ketika petang dan juga hujung minggu. Tetapi Parlo sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa impian hari esok dibina diatas pengorbanan hari ini . Hari demi hari dia mengali , satu inchi pada setiap masa. “Sikit-sikit (satu inci) lama-lama jadi bukit” dia menyanyi-nyanyi sambil menghayun beliung kedalam tanah yang berbatu. Inci bertukar menjadi satu kaki …kemudian 10 kaki kemudian 20 kaki … 100 kaki….. “Sakit jangka pendek sama dengan untung jangka panjang,” dia mengingatkan diri sendiri ketika kakinya hampir tersandung memasuki rumah buruknya, kepenatan dek kerja berat sehari suntuk. Dia mengukur kejayaannya dengan menentukan matlamat hariannya dan memenuhi matlamat itu kerana beliau tahu lambat laun keputusannya jauh melebihi usaha penat lelahnya itu.
“Tumpukan perhatian kepada ganjaran” dia terus mengulanginya sambil terlena ditemani oleh bunyi gelak ketawa dari kedai arak di kampung itu.
“Tumpukan perhatian kepada ganjaran…”
Roda Sering Berputar Hari bertukar bulan. Suatu hari Parlo menyedari pipelinenya hampir siap, ianya bermakna dia hanya perlu berjalan dekat untuk memenuhkan baldi airnya. Parlo menggunakan masa lebih untuk menyiapkan pipelinenya. Saatnya semakin hampir.
Ketika masa rehat Parlo memerhatikan kawan lamanya Bruto menyeret baldi. Bahu Bruto lebih membongkok daripada biasa. Dia membongkok dalam kesakitan, langkahnya semakin perlahan disebabkan kerja beratnya itu. Dia menjadi marah dan bermuka masam, memarahi dan menyesali akan nasib malangnya menjadi pengangkut baldi air seumur hidup. Beliau semakin kurang menghabiskan masanya di dalam buaian tidur sebaliknya banyak masa dihabiskan di kedai arak. Apabila pelanggan-pelanggan tetap kedai itu nampak Bruto datang, meraka akan berbisik “Tengok tu, Bruto Si Pengangkut Baldi telah datang,” dan mereka akan ketawa mengekek apabila si mabuk mengajuk keadaan Bruto yang membongkok dan menyeret kaki.. Bruto tidak lagi belanja minum ataupun berjenaka sebaliknya lebih suka menyendiri di suatu sudut gelap dikelilingi oleh botol-botol arak yang kosong.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu Parlo pun tiba – pipelinenya sudah siap! Orang ramai mengerumuni apabila air memancut keluar dari pipeline ke dalam tangki air! Sekarang kampung itu mempunyai bekalan air segar yang mencukupi, penduduk dari sekitar kawasan itu berpindah masuk ke kampong itu dan ianya semakin berkembang dan makmur. Apabila pipeline telah siap, Parlo tidak perlu lagi mengangkut baldi air. Air mengalir samada dia bekerja atau tidak. Ia mengalir ketika dia makan. Ia mengalir ketika dia tidur. Ia mengalir di hujung minggu ketika dia bermain.
Semakin banyak air mengalir ke dalam kampung, semakin banyak duit mengalir ke dalam poket Parlo! Parlo Si Tukang Paip dikenali ramai sebagai Parlo Si Tukang Ajaib. Ahli-ahli politik memuji pandangan dan wawasannya dan meminta beliau bertanding jawatan Datuk Bandar. Tetapi Parlo faham bahawa apa yang dicapainya itu bukannya sesuatu yang ajaib. Ianya hanya permulaan pertama sebuah cita-cita yang besar.
Sebenarnya Parlo mempunyai rancangan yang menjangkaui kampungnya.
Parlo merancang untuk membina pipelines di seluruh dunia!
Merekrut Kawannya untuk Membantu Pipeline telah menyebabkan Bruto Si Pengangkut Baldi kehilangan pekerjaan dan Parlo merasa sedih melihat kawan lamanya terpaksa merayu untuk minum percuma di kedai arak. Jadi, beliau mengaturkan pertemuan dengan Bruto.
Kita Hidup Dalam Dunia Angkut-Baldi
“Kita sudah ada kerja yang hebat, Parlo. Aku mengangkut 100 baldi sehari. Dengan satu sen satu baldi, itu bermakna satu dolar sehari. Aku kaya! Di penghujung minggu, aku boleh beli sepasang kasut baru. Masuk satu bulan, seekor lembu. Masuk enam bulan, aku boleh beli sebuah pondok. Kita dah ada kerja terbaik di tempat ini. Kita ada cuti hujung minggu dan percutian percuma dua minggu setiap tahun. Kita memang dah cukup untuk hidup! Lupakan saja dengan pipeline engkau tu.”
-Daripada the Parable of the Pipeline
Sumber: fuadzaki.wordpress.com
0 comments:
Catat Ulasan