19 Disember 2010

Malaysia Layak Ke Final Piala Suzuki AFF2010

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. Malaysia menyingkirkan penyandang juara Vietnam menerusi agregat 2-0.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana Malaysia tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara. Malaysia mengesahkan tempat ke final, 26 dan 29 Disember ini bertemu sama ada Indonesia atau Filipina.



p/s: Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia.

0 comments: