Nuff Atas

30 Disember 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010: Jumaat Cuti Umum.


JAKARTA (29/12/2010): Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali (sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun) meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu. 

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno. 

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. 

"Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.

"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya lagi.

P/S: Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia ( Harimau Malaya) dan Syabas juga kepada K. Rajagopal. Malaysia Boleh !!!

Sumber Maklumat 'Copy-Paste':
http://www.bharian.com.my (Kemaskini 30/12/2010)

1 comments:

Aku Dan Teksi berkata...

Ya,tahniah kepada anak muda malaysia,anda memang hebat,terutama penjaga gawang/gol.