Assalamualaikum..
Selamat Tahun baru Masihi 2011.
Tahun 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya. Marilah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing tentang pencapaian yang telah kita laksanakan dalam kehidupan kita umumnya dan dalam kerjaya kita khususnya. Kita sama-sama menilai “sasaran kerja tahunan’ kita tahun lepas. Apakah kekuatannya, kelemahannya dan apakah penambahbaikan yang peru dilakukan untuk prestasi yang lebih baik.
Suatu ketika dulu apabila menjelang tahun baru, seseorang akan bertanya,
“Apa azam awak tahun ini?”
Maka kita pun enceritakan segala macam azam yang terlintas di dalam kepala. Apabila sampai ke hujung tahun azam hanya tinggal azam. Dan azam itu pun kita bawa ke tahun hadapan. Begitulah seterusnya.
Tetapi kini orang tidak lagi bertanya tentang azam. Tetapi orang akan bertanya tentang ‘penambahbaikan’.
“Apakah penambahbaikan yang ingin anda dilaksanakan pada tahun ini?”
Maka kita pun menceritakan segala macam program dan pelan tindakan yang ingin kita laksanakan pada tahun tersebut.
Apakah bezanya ‘azam’ dan ‘Penambahbaikan’?
Saya bukanlah orang yang pakar tentang takrif sesuatu perkataan. Saya juga tidak menemui sebarang maklumat segera tentang definisi kedua-dua perkataan melalui internet. Saya juga tidak pula berusha untuk mendapatkan definisi yang betul melalui kamus. Bagaimanapun berdasarkan pengamatan dan kefahaman terhadap penggunaan kedua-dua perkataan tersebut maka saya membuat satu kesimpulan. Pada saya pernyataan yang terkandung perkataan ‘azam’ membawa maksud yg bersifat umum manakala pernyataan yang terkandung perkataan ‘Penambahbaikan’ membawa maksud yg lebih bersifat khusus. Adakah kesimpulan saya ini benar?
Contoh ayat ‘azam’ mungkin berbunyi begini,
“Saya berazam utk bekerja lebih rajin di tahun ini.”
Perkataan ‘rajin’ adalah terlalu umum dan membawa maksud yg kurang jelas. Orang akan bertanya; Rajin yang macam mana? Apa KPI yang boleh digunakan utk mengukur kerajinan kita? Apa yang akan dicapai kesan daripada kerajinan kita?
Contoh ayat ‘Penambahbaikan’ pula mungkin berbunyi begini,
“Pada tahun baru ini saya akan dating ke tempat kerja setengah jam lebih awal.”
Perkataan ‘datang kerja lebih awal’ tentu lebih jelas maksudnya dan lebih khusus. KPI nya juga lebih jelas.
Walau apapun perkataannya ‘azam’ atau ‘penambahbaikan’ dan tidak kira siapapun anda. Samada pemilik sesuatu syarikat, anda kakitangan awam, anda pekerja swasta, anda peniaga, anda pelajar atau sebagainya. Sebagai seorang pelajar penambahbaikan perlu agar kejayaan cemerlang dalam akademik dapat ditonjolkan. Sebagai seorang yang berkerjaya, demi kemajuan diri, demi kemajuan institusi tempat kita bekerja, demi keluarga, demi kebahagiaan hidup kita dunia dan akhirat, demi redha Allah, demi rezeki yang halal, adalah sepatutnya kita menunjukkan peningkatan di segi prestasi bekerja tahun demi tahun.
Bayangkan jika anda bekerja sendiri sebagai contoh berniaga. Sudah pasti kita mengharapkan keuntungan perniagaan yang meningkat tahun demi tahun. Adakah memadai dgn sekadar mengharap? Sudah pasti kita akan merancang perbagai strategi, pelan tindakan dan juga penambahbaikan.
Apa yang saya perkatakan ini adalah satu usaha motivasi yang saya tujukan kepada anda semua umumnya dan tentunya secara khusus kepada diri saya sendiri. Kita sebagai insan yang lemah sudah pasti mempunyai semangat yang sentiasa turun naik. Tanpa kata kata nasihat, peransang, peringatan dan motivasi pasti semangat yang malap akan terus padam. Menjadi manusia yang tidak bermotivasi adalah suatu perkara yang patut kita hindarkan. Kita tidak lagi boleh menggunakan peribahasa yang melemahkan diri kita sebagai pegangan. ‘Ulat dalam batu pun boelh hidup’ adalah satu contoh peribahasa yang merendahkan motivasi kita bekerja. Peribahasa seperti ini haruslah dilenyapkan dari kamus hidup kita.
Ada baiknya kita memikirkan juga penambahbaikan dalam kita beribadat kepada Allah S.W.T. Perubahan tahun kepada tahun berikutnya melambangkan pertambahan umur, secara tak langsung mendekatkan lagi jurang kita kepada penghujung hayat. Jika selama ini kita solat di penghujung waktu, penambahbaikan diperlukan agar solat di awal waktu. Jika selama ini kita kerap tinggal solat, penambahbaikan adalah wajib agar cukup solat 5 waktu sehari semalam. Jika selama ini kita hanya melaksanakan ibadat yang fardu, tibalah masanya untuk kita melaksanakan penambahbaikan dgn mengamalkan amalan-amalan sunat pula.
Sekian.
Jadikan hari ini lebih baik berbanding hari semalam, hari esok lebih baik berbanding hari ini.
Selamat Maju Jaya. Selamat tahun baru Masihi 2011.
Selamat Maju Jaya. Selamat tahun baru Masihi 2011.
0 comments:
Catat Ulasan