25 Februari 2011

HUKUM MEMBERI SALAM



Amalan yang merupakan Kemulian di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang islam.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Nisa: Ayat 86)

Melalui ayat ini Allah meyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesama Islam bagi menjaga kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang-orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi: 544-604H, Halaman 169, Juzuk 10)


Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, “Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukan dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://ayoe.student.umm.ac.id/files/2010/01/Bersalaman.jpg

Salam merupakan asas bagi tiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian.

Hukum memberi salam itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w melakukan demikian serta malazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Al-Ali Muhd. Abdul Rahman b. Abd. Rahim. 1353H. 469)

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu."
(Surah Al-Nisa : Ayat 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui segala yang dilakukan hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.

Dari ayat di atas Rasululluah s.a.w menjelaskan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu:

"Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas ygang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak dan pada satu riwayat “yang kecil ke atas yang besar”
(Riwayat Al-Bukhari)

Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaan ketika memandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keaadaan waktu dan tempat.
(Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim Al-Abadi 1979, halaman 100-101)

Walaupun telah di jawab di dalam hati seelok-eloknye jawapan tu hendaklah didengar oleh yang memberi salam bagi mengelakkan sebarang tanggapan yang tidak elok. Dalam ketika memberi salam hendaklah dengan jelas agar dapat didengar supaya tidak timbul perselisihan faham dan sebaliknya.

Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita yang mana pemberi salam itu tidak dikenali, maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam keadan begini salam tersebut tidak wajib di jawab pada syarak, kerana ia akan membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu di awasi terlebih dahulu daripada mencari sebarang kebaikan.

Wallahu a'lam.

Adab Pergaulan Menurut Al-Quran & Al-Sunnah - Dr. Rokiah Ahmad
Jabatan Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah UKM.
Sumber: tilmiz.multiply.com

0 comments: