24 Februari 2011

Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Menang Tipis Atas Pakistan

Pemain Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (dua dari kiri) merembat bola melepasi tiga pemain Pakistan dalam perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam tadi. Malaysia menang 2-0. - AFP 

PENGADIL perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada Ansar kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM - Menang tetapi masih belum cukup! Skuad Olimpik Malaysia sekadar merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Pakistan dalam aksi berat sebelah di Stadium Shah Alam yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong setia negara, semalam.

Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan dengan Pakistan beraksi 10 pemain sepanjang babak kedua, skuad negara gagal meraih kesempatan memperoleh gol sebanyak mungkin bagi menutup terus cabaran lawan dalam 90 minit seterusnya.

Kemenangan dua gol tanpa balas itu sebenarnya belum menjanjikan keselesaan buat Ong Kim Swee dan pemain yang akan bertandang ke Lahore, Pakistan pada 9 Mac ini bagi melengkapkan pertemuan kedua pusingan pertama.

Dua pemain muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail muncul wira negara dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/

p/s: Berlatih lebih kuat, berusaha bersungguh-sungguh, bermain dengan sehabis daya. Moga kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya ketika di Lahore kelak. Pastikan mengaum lebih kuat di Lahore. Jangan sembunyikan kuku dan taringmu wahai Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Tahniah buat Harimau Malaya.

0 comments: