09 Februari 2011

Kertas Yg Melekat Pd Cermin Belakang Kereta.

http://www.carztune.com/wp-content/uploads/2009/05/toilet-paper-car.jpg
- Gambar Hiasan -

Hari ini saya terima emel tentang satu Amaran yang dikatakan dari Pihak Polis. Jangan pertikaikan dgn persoalan 'adakah benar emel ini datang daripada Pihak Polis?'. Tetapi fikirkan tentang peri pentingnya makluman (amaran) yang terkandung di dalamnya. 

Selepas membacanya sehingga selesai maka saya dapati adalah suatu keperluan untuk menyebarkannya sebagai makluman anda semua. Bahan emel tersebut mengisahkan tentang kertas yang dilekatkan dengan sengaja oleh seseorang di belakang cermin kenderaan. Berikut saya copy & paste emel tersebut. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"AMARAN DARI PIHAK POLIS:
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA, 
CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. 

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua  identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kenderaan kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.`Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

TOLONG SEBARKAN/EMAIL PADA RAKAN-RAKAN.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah Bunyi Emel Tersebut.

p/s: Berhati- hati kawan2ku tentang masalah ekonomi dan desakan hidup, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!
 

0 comments: