Nuff Atas

02 Mac 2011

Pesalah Trafik Disenarai Hitam, Tempoh Bayar Saman Dilanjut.



KUALA LUMPUR 1 Mac - Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara disenaraihitamkan mulai 1 Mac 2011. Tindakan itu diambil setelah berakhirnya tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos 2010 hingga 28 Feb, 2011.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga 28 Feb 2011.



Menurut Abdul Aziz, pesalah trafik yang disenarai hitam akan menghadapi kesukaran untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan. Secara automatik individu tersebut tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka.


ABDUL Aziz Yusof pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam.

Sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam minggu terakhir sebelum tempoh itu tamat. Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda berbanding hari pembayaran biasa. Pada hari terakhir sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam.

Bagaimanapun,

PUTRAJAYA, 2 Mac: Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula Selasa sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.(Rujuk: Bernama)

Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS:

cara sms check saman trafik Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN 90101010xx10 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip
POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN ABC123 katakrempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

p/s: Berita ini pasti melegakan sebahagian besar pesalah trafik yang tidak berpeluang melunaskan saman mereka sebelum tarikh 28 Feb, 2011. Diharap mereka tidak menunggu tarikh akhir 10 Mac, 2011 untuk menyelesaikannya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/
http://www.dapat.com/

1 comments:

azwandengkil berkata...

Ini la lawak dari kerajaan.