03 Mac 2011

Hati-Hati Dengan Perbankan Internet

http://nationalfinance.com.au/wp-content/uploads/2010/03/bank.png 

KUALA LUMPUR 2 Mac - Polis mengingatkan para pengguna perkhidmatan perbankan Internet agar tidak mudah terpedaya dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan maklumat perbankan.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kes penipuan melibatkan perbankan Internet meningkat dengan amat ketara.

Mengikut statistik, pada 2009, 75 kes penipuan melalui perbankan Internet dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM200,000 dan ia terus meningkat kepada 353 kes (meningkat lima kali ganda) dengan kerugian kira-kira RM1.2 juta, pada tahun 2010.


http://www.unc.edu/courses/2007spring/law/357c/001/ibanking/online%20banking2.jpg

Siasatan mendapati kebanyakan mangsa terdiri daripada pengguna Maybank2U yang terpedaya dengan modus operandi digunakan melalui penghantaran e-mel kepada pengguna.

Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).

E-mel yang berbentuk 'Security Alert' itu kemudian mengarahkan mangsa mengemas kini akaun perbankan Internet mereka dengan memasukkan kata nama, kata laluan dan nombor TAC.

Ia kononnya bagi tujuan keselamatan bank dan mengelakkan akaun mereka dibatalkan. Mangsa bagaimanapun hanya mengetahui mereka ditipu setelah menerima SMS dari pihak bank yang memaklumkan wang mereka telah dipindahkan ke akaun ketiga.

"Untuk makluman pengguna, pihak bank tidak menggunakan perkhidmatan e-mel untuk tujuan kemas kini akaun perbankan Internet.," katanya.

"Sehubungan itu, sekiranya pengguna menerima e-mel sedemikian, sila abaikannya," katanya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan perbankan Internet boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Pusat Kawalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di talian 03-26163999," katanya lagi.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/

p/s: Saya tidak pernah mempunyai akaun Maybank2u dan CIMB. Tetapi saya pernah mendapat emel yang mengarahkan saya mengemaskini maklumat akaun sebanyak 9 kali daripada Maybank2u.

Berikut adalah contoh emel tersebut:
_________________________________________________________________


_________________________________________________________________

Dalam modus operandi mereka, pastimya penjenayah menghantar emel sedemikian kepada sesiapa sahaja yang mereka suka secara cuba-cuba. Apabila difikirkan secara mendalam, saya mula menyedari bahawa kita juga perlu merahsiakan maklumat berkaitan alamat emel kita kepada umum.

0 comments: