04 Mac 2011

Kekayaan 40 Individu RM186.3b

DARI atas kiri, Chia Song Kun, Mokhtar Albukhary, 
Mokhzani Mahathir, Nazir Razak, Rozali Ismail dan Robert Kuok.

KUALA LUMPUR: Kekayaan terkumpul 40 individu terkaya Malaysia kini bernilai kira-kira RM186.3 bilion, meningkat 22 peratus atau RM33.3 bilion disebabkan peningkatan ekonomi negara sebanyak 7.2 peratus tahun lalu, iaitu tertinggi sejak 2000.

Mengikut majalah Forbes Asia, senarai individu terkaya di Malaysia 2011 adalah seperti berikut, antaranya:

Kedudukan pertama masih dimiliki Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sejumlah RM37.8 bilion.

Kedudukan kedua masih tidak berubah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication, Tan Sri Ananda Krishnan sebanyak RM28.8 bilion.

Kududukan kelapan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kekal sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta terkumpul berjumlah RM7.5 bilion

Kedudukan kelima belas ialah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd dengan kekayaan sebanyak RM1.8 bilion.

Di tangga ke-24 adalah seorang ahli perniagaan yg baru disenaraikan antara individu terkaya Malaysia tahun ini iaitu Pengarah Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kun dengan kekayaan berjumlah RM1.2 bilion. Jutawan yang terbabit dalam industri pengeluaran makanan laut, memproses minyak sawit mentah dan ternakan ayam ini terus melonjak , mengatasi nama besar yang sebelum ini berada dalam senarai 40 jutawan Malaysia.

Di kedudukan ke-36 adalah adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dengan jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta.

Di tangga ke-37 adalah Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail yang memiliki kekayaan berjumlah RM465 juta.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/

p/s: Setakat untuk dijadikan renungan. Harta kekayaan sebanyak ini tak mungkin dapat dikumpul oleh insan-insan biasa yang mempunyai keupayaan biasa-biasa. Bagaimanapun tidak mustahil untuk semua orang berpeluang menjadi kaya. Kekayaan datang dan diperolehi dengan izin Allah.

Untuk menjadi kaya mesti ada D-U-I-T. Bukan sahaja duit berupa RM tetapi juga 'Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal'.

Aku ini tergolong di dalam kumpulan insan biasa-biasa dgn keupayaan biasa-biasa sahaja. Keupayaan 'D-U-I-T' dalam diriku pun biasa-biasa juga. Bagaimanapun akan kuusahakan kekayaan di sudut lain. Seperti, kaya budi bahasa, barangkali. InsyaAllah...

Jika itu pun tidak dapat kucapai dgn baik, maka aku kira dapat makan roti, sapu kaya pun sudah memadai. Dapatlah juga aku betapa nikmatnya 'kaya'.

Harta dan kekayaan adalah limpahan rezeki kurniaan Allah. Maka bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Harta kekayaan yang terkumpul di dunia itu perlu disucikan apabila mencukupi syarat-syaratnya kerana sebahagiannya milik orang lain termasuk fakir-miskin dan anak-anak yatim. Berzakat dan bersedekahlah utk menyucikan harta-harta tersebut.

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah : 274).

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah : 103).

5 comments:

Pha Is berkata...

diorang kaya... kita tengok jew la....

Mrs Tyara berkata...

koding tak teringin ke jadi kaya macam diorang tu?

@pha-->takkan tengok aje orang lain jadi kaya kalau kita boleh kaya macam diorang jugak! :) Kalay saya, tak tengok aje tapi nak jadi kaya gak! Dalam proses... Amin..

Admin berkata...

kalau babak aku menteri mungkin aku kaya juga kot.
Boleh jadi buaya darat macam jejai tu

aman_arab berkata...

saya miskin..saya ok..

SheyPull berkata...

orang kaya akan terus kaya...dah org miskain akan terus miskin...

JOM jengah blog saya... Ade orang tipu saye!!! (http://sheypull.blogspot.com)