02 April 2011
Peralihan Angin Monsun Punca Bah
(Catatan: Lagi foto-foto di sekitar kejadian banjir di Perlis, di hujung entri ini.)
Kejadian banjir akibat hujan lebat di beberapa kawasan utara dan pantai timur Semenanjung ketika ini berpunca daripada musim peralihan angin monsun timur laut kepada angin monsun barat daya.
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, musim peralihan ini biasanya berlaku pada Mac hingga April, membabitkan pergerakan angin yang tidak dapat dijangka, namun fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa.
“Apabila masuk musim peralihan maka pergerakan angin tidak menentu, kadang kala akan menyebabkan hujan lebat serta ribut petir, namun proses peralihan ini tidak lama,” katanya
Pada 28 Mac lalu, hujan lebat berlaku di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan 1,013 orang daripada 255 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan.
Pada hari yang sama di Pulau Pinang, hujan lebat serta ribut petir mengakibatkan lebih 100 rumah dan beberapa kenderaan di Seberang Perai rosak.
manakala di Perlis, hujan menyebabkan 3,062 mangsa banjir dari 759 keluarga dipindahkan ke 33 pusat pemindahan di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau.
Sumber: BHarian
Foto-foto sekitar kejadian banjir di Perlis:
1 April 2011: UMAT Islam mengharungi banjir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Kangar. - Kosmo
30 MAC 2011: Kanak-kanak ini tidak mempedulikan nyawa mereka apabila asyik bermain air selepas banjir melanda beberapa kawasan di Arau, Perlis. Lebih Sehingga kini, lebih 1,000 penduduk di negeri ini dipindahkan akibat banjir. - Utusan.
1 APRIL 2011: Wanita ini terpaksa mengharungi air banjir untuk menggunakan telefon awam selepas bekalan elektrik terputus berikutan banjir yang melanda di Kangar, Perlis. - Utusan
KETUA Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin (kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal ketika Ops Banjir di sekitar Kangar, dekat sini, semalam. Ops Banjir mensasarkan penunggang motosikal yang mengambil kesempatan bermain banjir dan tidak mematuhi peraturan jalan raya, antaranya tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, dan tiada cukai jalan. - Foto BERNAMA
Foto: malaysiakini.com
2 April, 2011: LeftenAn Kolonel Sulaiman Ghazali (dua dari kiri) dari 4 Rejimen Renjer DiRaja, kakitangan JKM Perlis dan sukarelawan UUM membantu menguruskan barangan bantuan mangsa banjir di bilik gerakan banjir negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar. – MINGGUAN MALAYSIA
Labels:
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan