02 April 2011

Berhati-hati Dengan Facebook

Sila baca kisah berikut ini untuk dijadikan ikhtibar wahai rakan-rakan ku yang cun-melecun, kiut-miut, ayu-jelita, manis-rupawan dan comel-lote....

Semoga kita tidak mengalami nasib yang sedemikian rupa disebabkan oleh aktiviti penjenayah cyber yang menyesakkan dada setiap mangsanya ....


Foto: MANGSA (kiri) menunjukkan gambar lelaki yang didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya.

Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.


Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya. “Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA.

Sumber: Kosmo

p/s:
Kita tidak boleh lagi mengandaikan semua orang yang menyertai facebook berniat baik untuk mencari kenalan atau menambah rakan cyber. Mulai sekarang kita perlu beri pertimbangan berpuluh-puluh kali atau mungkin beratus-ratus kali sebelum klik butang 'confirm' terhadap sesuatu permohonan untuk menjadi rakan dalam facebook.

Sebaiknya kita 'confirm' orang yang dikenali sahaja. Biarlah kita tak ramai kawan dalam laman sosial tersebut. Asalkan emosi kita sentiasa aman tenteram tidak terganggu.

Selain daripada itu, berpada-padalah dalam meletakkan foto-foto di dalam apa juga jenis laman sosial dan juga blog. Peringatan ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang begitu comel di mata kaum lelaki....


Langkah Keselamatan Dalam Ber'Facebook'

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa pun boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang bergerak melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata. Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya. Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https). Simpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https.

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.

Sumber: Utusan Malaysia

3 comments:

gadis kepastian berkata...

bahayanya...seramm lak gk baca..uwaaaaa

Tanpa Nama berkata...

nasib baik saya bukan kategori cumel....berhati-hati dgn 'button klik'...

Ct Aja berkata...

wah bahaya gak 2...