29 Mei 2011

Kawal Kolestrol Tinggi

Ingat lagi sukatan pelajaran Sains Tingkatan 5 dalam Bab Sebatian Karbon. Dalam Bab tersebut kita ada belajar tentang jenis-jenis lemak. Di dalam lemak terkandung sejenis bahan yg dipanggil Kolesterol.

Apa kata kita buat sedikit ulang kaji tentang perkara itu.



KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.

HDL banyak terdapat dalam sumber lemak tumbuh-tumbuhan yang biasanya disebut sebagai minyak. LDL pula banyak terdapat dalam sumber lemak haiwan.


Pemendapan kolesterol LDL akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya.

Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.

Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen.

Antaranya, Blackmores Plant Sterols Plus memberi anda pilihan untuk menyeimbangkan LDL:HDL (kolestrol 'jahat': kolestrol 'baik') dalam tubuh menerusi sterol tumbuhan.

Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan. Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol.

Ketika proses pencernaan, sterol bersaing dengan kolestrol dalam proses penyerapan. Dengan itu, kolestrol lebih sedikit diserap dan lebih banyak dikeluarkan.



Diet sihat

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.

Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.

Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging.

Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.



Gaya hidup sihat

Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat. Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.

Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Sumber: Utusan Online

4 comments:

amranaiman berkata...

terasa seperti ada bengkak di tekak.. mkn minyak byk sgt kah?? :P

Pha Is berkata...

selalunya org lupa tentang bersenam. selain jaga pemakanan, bersenam pon penting jugak. makanan selalunya boleh jaga, tapi bila bab bersenam, payah.. hehehe

Koding berkata...

Betul tu pha is...
Saya sendiri pon tak banyak bersenam...
Kadang-kadang cita2 tu ada...
Tapi perlaksanaannya masih jadi tanda tanya...

Green Apple berkata...

makan memang syok... tp lupa nak gi bersenam... haha...