Ini merupakan hasil daripada Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi hijau yang diusahakan oleh Modenas. Syabas diucapkan kepada Modenas dan Kerajaan Malaysia. Moga usaha ini mendapat sambutan daripada para pengguna dan penunggang motosikal.
Ianya dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil. Manakala bagi pengguna ia dapat mengurangkan perbelanjaan anda untuk membeli petrol.
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar motosikal tempatan yang berjaya memperkenalkan sebuah motosikal elektrik pertama di negara ini melalui pelancaran Modenas CTric. Motosikal ini ditawarkan dengan harga di atas jalan adalah RM 4,888.00.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail berkata, kenderaan yang berkuasa elektrik sepenuhnya itu dilengkapi lima unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano sebagai tenaga penggerak.
"Kenderaan ini amat praktikal serta sesuai bagi mereka yang bergerak dalam radius 30 hingga 50 kilometer sehari," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran motosikal Modenas CTric. (Rujuk: Kosmo).
MODENAS CTric mencipta sejarah apabila dihasilkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan penggunaan 80 peratus komponen tempatan, manakala 20 peratus lagi komponen diimport dari China. MODENAS CTric adalah motosikal elektrik pertama berjaya mendapat kelulusan piawaian SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Motosikal MODENAS CTric yang berkuasa elektrik sepenuhnya turut dilengkapi lima unit ‘lead acid’ bateri 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano serta boleh dikitar semula seratus peratus selepas tamat tempoh hayatnya.
Bateri yang berkemampuan sehingga 500 kitaran itu juga mempunyai nilai beli-semula dan penggunaan kuasa elektrik sebanyak 1.0 sen bagi setiap kilometer. MODENAS CTrix turut menggunakan Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh yang kalis air dan mempunyai kuasa 3.60kW atau 80 kilometer sejam. Sistem Pengecas Pintar memerlukan hanya 3.5 jam bagi cas pantas dan lapan jam bagi cas biasa.
Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam, Modenas CTric berupaya mencapai jarak 60km pada setiap cas penuh dan berkemampuan untuk mencapai halaju 70 kilometer sejam serta sesuai diguna mereka yang bergerak dalam radius 30 ke 50 kilometer sehari. (Rujuk: Bharian)
Modenas memperkenalkan skim pembelian semula (buy-back scheme) ke atas bateri yang tamat jangka hayatnya untuk membolehkan pelanggan mendapatkan satu set bateri baru pada harga RM800.00 satu set. (Rujuk: sini)
INFO Modenas CTric:
The bike is available in 2 colors which are green & orange. Below are some of the details of the bike:
Price: RM 4,888.00 (electric starter) – On The Road
Engine
Type Electric Motorcycle
Traction Motor Type Brushless DC Motor
Rated Power 1.0 kW
Max Power 3.6 kW @ 70km/h
Speed Control System Pulse Width Modulation
Hall Sensor Honeywell
Transmission
Type Fully Automatic
Final Reduction Ratio 4.2
Driving System Chain
Chassis
Type Steel Pipe Backbone
Front Suspension Telescopic fork
Rear Suspension Trailing swing arm suspension
Front Brake Drum 110 mm
Rear Brake Drum 110 mm
Electrical System
Battery Lead Acid, Nano Gel
Capacity 1200Wh (5 units)
Voltage 60V 20Ah @ 2 Hours rate
Charger Intelligent Charger
Input 240V (50/60Hz)
Output 60V DC
Charging Time
(Normal) 8 Hours
Charging Time
(Fast) 3.5 Hours
Discharge Cycles 500 cycles
Estimated Life 2.5 years or 30,000 km
Sumber INFO: Berita Metro
Rujuk Juga: Modenas untuk lain-lain maklumat.
Baca Juga Usaha Mempromosi Teknologi Hijau
1 comments:
kerete letrik da kua .. ni moto lak .. hehe .. nice lah :)
boleh pakai bateri enrgizer tak .. haha
Catat Ulasan