05 Jun 2011

Sikap Tamak dan Membazir Terhadap Makanan


Gambar Hiasan.

Musim cuti sekolah sinonim dengan musim raja sehari menaiki jinjang pelamin atau musim walimatul-urus diuruskan. Di sana-sini kita disibukkan dengan undangan ke majlis meraikan pengantin. Kadangkala pada setiap hari minggu atau hujung minggu di cuti sekolah kita terpaksa memenuhi lebih daripada dua undangan walimatul-urus.

Jiran terdekat dengan rumah aku mengadakan majlis walimatul-urus pada hujung minggu yang baru lalu. Sebagai jiran terdekat aku rasa aku patut menghadiri majlis tersebut bukan sahaja sebagai tetamu tetapi juga sebagai petugas yang memastikan kelancaran majlis tersebut.

Hidup Bermasyarakat, Sepakat Membawa Berkat.


Aku memilih umtuk bertugas di jabatan cuci pinggan. Depatmen cuci pinggan memerlukan petugas yang ramai lebih-lebih lagi di waktu puncak di saat orang ramai datang untuk makan tengahari. Pinggan-pinggan perlu dicuci dengan segera dan dikeringkan bagi mengelakkan masalah tak cukup pinggan.

Sepanjang kerja mencuci tersebut aku perhatikan setiap sepuluh biji pinggan yang dihantar ke jabatan ini, pasti satu daripadanya akan mengandungi banyak nasi berserta beberapa ketulan daging atau ayam yang tidak diusik atau dimakan.

Inilah sikap buruk sebahagian kecil manusia apabila berhadapan dengan makanan yang dikategorikan sebagai percuma. Mereka akan ambil apa sahaja makanan yang ada dengan kuantiti yang banyak.

Saya tak pasti sama ada perbuatan ini dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak. Kalau dilakukan oleh kanak-kanak, sepatutnya ibu-bapa mereka yang menentukan berapa banyak makanan yang anak mereka patut ambil sesuai dengan kapasiti perut mereka.

Kalau orang dewasa sepatutnya mereka boleh mengagak tahap kelaparan mereka. Jika sudah menghadiri lebih daripada dua jemputan walimatul-urus, tak perlulah ambil makanan yang banyak. Cukuplah kadar sesuap dua bagi menjaga hati tuan rumah.

Dengan sikap tamak mereka ini, pastinya ssesiapa pun tidak kisah jika makanan tersebut habis dimakan. Tetapi semua orang akan kisah jika ianya terbuang begitu sahaja.

Cuba bayangkan jika tetamu yg dijemput adalah ramai, dengan keadaan pembaziran sedemikian, ada kemungkinan berlaku keadaan tersilap jangkaan (anggaran budget) sehingga ada tetamu yang tidak dapat makan.

Disebabkan hal inilah, biasanya tuan rumah terpaksa melebihkan perbelanjaan daripada sepatutnya. Sebagai contoh jika jemputan adalah 1,000 kepala, maka jumlah makanan yang disediakan adalah utk 1200 kepala. Akibatnya tentulah tuan rumah terpaksa melebihkan belanja untuk memastikan tiada tetamu yang datang tidak dapat makan.

Untuk dijadikan pedoman.

Allah menyebut dalam al-Quran (maksudnya):
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

1 comments:

Nilam suhana berkata...

hurm.... betul tu... pergi kenduri selalunya mesti ada orang tak habis makan.. kalo org bubuh x pe.. tapi amik sendiri... hurm.. sedap lauk kenduri nih sebenarnya bila dipandang dan bau...sebab tu la kot..