02 Jun 2011
Skim Latihan 1Malaysia Bantu Siswazah
Kredit Foto: Kosmo.
PUTRAJAYA 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.
Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.
Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.
SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.
Semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.
Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.
Sumber: Utusan Online.
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan