25 Julai 2011

Indeks Jisim Badan (BMI)

Adakah berat badan anda ideal berbanding ketinggian anda?



Index Jisim Badan atau BMI (Body Mass Index) merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Indeks Jisim Badan adalah:

BMI = \frac{Berat(kg)}{Tiggi(m) \times Tinggi(m)}

Klik Link Kurnia Ini Atau Link Fitness First Ini Atau Link Health Ini untuk Kalkulator Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

Kategori BMI anda adalah:

1. Jika BMI Bawah 18.5 = kurang berat
2. Jika BMI Antara 18.5 hingga 22.9 = berat yang sihat
3. Jika BMI 23 hingga 27.4 = agak lebih berat
4. Jika BMI 27.5 dan keatas = gemuk / obes


Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
2. Mengandung atau menyusukan anak
3. Seorang ahli sukan yang aktif

Sumber: Wikipedia



Tips Memperoleh dan Mengekalkan Berat Badan Ideal:

1. Menimbang berat badan setiap hari. Bertujuan sebagai suatu peringatan terhadap berat badan anda.

2. Jadual masa makan yang teratur dan tetap meliputi masa makan utama 3 kali sehari. Elakkan makan di saat anda terlalu lapar kerana ia menyebabkan anda akan makan dalam kuantiti yang banyak.

3. Elakkan makan malam selepas jam 8.00 malam. Ia bertujuan merehatkan sistem penghadaman anda sehingga esok pagi. Sekiranya anda berasa lapar dalam tempoh tersebut, makan buah-buahan sebanyak mana yang anda mahu.

4. Elakkan tabiat mengunyah di depan televisyen. Ini kerana anda tidak akan sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil.

5. Kunyah makanan sehingga hancur agar ianya mudah dihadamkan dan akan akan berasa cepat kenyang.

6. Makan secukupnya dengan tujuan mengalas perut. Jangan makan dengan kuantiti yang banyak mengikut keperluan selera anda.

7. Elakkan makanan berlemak dan berkalori tinggi. Makan makanan rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien.

8. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

9. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi tujuan memudahkan proses pencernaan makanan.

10. elakkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Makan buah-buahan jika berasa lapar dalam tempoh tersebut.

11. Gunakan pinggan yang kecil untuk mengelakkan makan terlalu banyak.

12. Minum air sebanyak 8 gelas atau 3 liter sehari.

13. Sentiasa melakukan aktiviti riadah dan bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.

14. Jika anda berhasrat mengurangkan berat badan, lakukan dengan perlahan-lahan dengan pengurangan ½ kg seminggu.

Sumber: Aneka Sumber Maklumat.

2 comments:

mykhalis berkata...

tak sanggup nak kire dah.. memang obes habis..tapi tak reti la nak diet..huuu

Unknown berkata...

ideall..yes!