21 Julai 2011

Malaysia Vs Chelsea

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK
MENENTANG KELAB EPL
(Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Jelajah Asia 2011)





TARIKH: 21 JULAI 2011 (KHAMIS)
MASA: 8.45 P.M.
VENUE: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Keputusan:
Chelsea (1) Vs Malaysia (0)
Jaringan Gol Chelsea: Didier Drogbar.



PEMAIN Chelsea, Fernando Torres cuba membuat rembatan di gawang gol pasukan negara.

Aksi Cemerlang Malaysia Patut Dipuji

Chelsea selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.

Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.

Ong Kim Swee menurunkan semua pemain senior pada permulaan perlawanan dengan hanya dua pemain skuad Olimpik, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi mengisi kesebelasan utama.

Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.

"Ia merupakan satu persembahan baik daripada skuad negara malam ini sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik," kata Kim Swee.(Sumber: Utusan)

Ini adalah kali ketiga pasukan ternama EPL Chelsea hadir di Malaysia.

Pada 2003, Chelsea membenam Malaysia 4-1 untuk memenangi Piala Liga Perdana FA Asia dan pada 2008, mereka sekali lagi menewaskan skuad negara 2-0 semasa Jelajah Asia di Stadium Shah Alam, Selangor.

Selepas perlawanan di sini, pasukan itu akan meneruskan siri perlawanan persahabatan mereka dengan menentang Thailand All Stars di Stadium Rajamangala, Bangkok, Ahad 24 Julai 2011.

Chelsea juga bakal berdepan kelab juara Hong Kong Kitchee FC pada 27 Julai ini sebelum mengakhiri jelajah dengan menentang Aston Villa pada 30 Julai. (Sumber: BERNAMA)

1 comments:

Unknown berkata...

harap-harapnya malam ni ramailah yang pakai baju Malaysia..jangan jadi lautan biru sudahlah..kecian dekat penjaring gol malaysia nanti tk jd nak raikan dengan penyokong