19 Ogos 2011
Dilarang Bela Burung Tempua atau Simpan Sarangnya.
Burung Tempua
Perbuatan membela burung tempua atau menyimpan sarangnya merupakan kesalahan yang membawa hukuman berat termasuk penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM500,000.
Burung Tempua
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Terengganu Yusoff Shariff berkata membela burung itu termasuk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) yang menggantikan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972 (Akta 76) yang berkuat kuasa sejak Disember 2010.
burung barau-barau
Haiwan-haiwan lain yang turut dilindungi sepenuhnya oleh Perhilitan adalah tuntung, burung tiong jambul mas, puyuh hutan, burung pacat bukit, barau-barau, gecko-gecko, katak demam, serangga riang-riang dan pipit pinang.
Sumber: BERNAMA
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
pehh mahal gile denda.
bole beli banglo sebijik.
hahaaa..betul..banglo dah dapat.. :D
Catat Ulasan