21 Ogos 2011

SUDOKU



Sudoku (Bahasa Jepun), adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik.

Permainan ini mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Punca mengapa populariti permainan ini naik dengan begitu lambat, masih menjadi tanda tanya.


Sudoku Tips for Beginners


Daya tarikan permainan ini adalah peraturannya yg mudah untuk menyelesaikanya, tetapi memiliki kesukaran daya logik untuk melakukannya. Sudoku disyorkan oleh sesetengah guru untuk menaikan kebolehan seseorang dalam pemikiran dan penyelesaian masalah secara logik. Taraf kesusahannya boleh ditentukan untuk para pemainnya.

Permainan seringkali berupa grid 9×9 grid, didalami 3×3 subgrid dipanggil "kawasan" (panggillan lain merupakan "kotak", "petak", dan sebagainya). Sesetengah sel disediakan dengan nombor yang telah diisikan, dipanggil "diberi" (kadangkala "petunjuk")

Matlamatnya adalah untuk mengisikan setiap sel dan kawasan sehinggalah nombor 1 sehingga 9 diisi dalam suatu kawasan kesemuanya. Setiap nombor dalam penyelesaian dengan sendirinya hanya timbul sekali dalam tiga "arah". Disebabkan itulah nama asal permainan ini adalah Nombor Bersendirian.

Permainan ini diperolehi percuma dalam sumber-sumber media seperti surat khabar, website dan juga dicipta program aplikasi komputer yang khusus bagi tujuan ini.

Sumber: Wikipedia.

Berikut adalah salah satu daripada website yg menyediakan permainan ini.
http://www.websudoku.com/

Untuk pemain yang kurang mahir macam aku, kadangkala kita perlu memasukkan lebih daripada satu nombor dalam satu sel yang kita belum pasti nombor yang paling sesuai. Untuk membolehkan Multiple number ditaip dalam sesuatu sel, anda perlu klik pada Option, kemudian tick pada kotak Pencil marking: Allow multiple numbers to be typed into each cell

Website di atas ini merupakan pilihan aku apabila aku berhasrat bermain dengan nombor-nombor. Aku tak lah terer sangat biasanya aku main pada tahap 'easy' sahaja. Itu pun masa terpantas yang aku pernah catat untuk menyelesaikan sesuatu sudoku 'easy' adalah 15 minit.

1 comments:

Unknown berkata...

saya tak berapa mahir main sudoku ni..nanti boleh tengok website dia..minat jugak main permainan nie..thanks for this info :-)