16 Ogos 2011
Media Bebas Tapi Terkawal
Dalam hal penyampaian berita dan penyebaran maklumat sama ada melalui media cetak atau media elektronik, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya adalah kewujudan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Dasar Penapisan Media.
Akta-akta ini adalah antara perkara-perkara yang mengawal bentuk-bentuk maklumat yang disebarkan untuk memastikan hanyalah berita yang sahih, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan tidak berunsur fitnah sahaja yang boleh dipaparkan kepada umum.
Pengendali laman web yang didapati menyebarkan maklumat palsu di internet boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berdasarkan Seksyen 211 akta tersebut, pengendali laman web dilarang membenarkan penyiaran sebarang bentuk kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu mana-mana pihak.
Selain denda, pihak berkuasa juga boleh menutup laman web tersebut bagi membendung gejala penyebaran maklumat palsu itu daripada berleluasa. (Sumber: KOsmo)
Kerajaan Kaji Semula Dasar Penapisan Media
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan landskap dan persekitaran semasa.
Perdana Menteri berkata langkah itu diambil supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak memahami atau tidak relevan dalam menangani isu penapisan media. Katanya, kerajaan akan menjawab dakwaan dalam media tempatan atau antarabangsa dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan itu bersifat fitnah.
Menurutnya persekitaran dan landskap semasa sudah berubah kerana tiga unsur yang membawa kepada perubahan yang agak radikal iaitu ledakan teknologi maklumat yang masih berlaku, fenomena globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan serta taraf pendidikan rakyat yang semakin tinggi.
(Sumber: BERNAMA)
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia Datuk Seri Azman Ujang berkata kebebasan media penting dalam memastikan rakyat bermaklumat dan ia juga dilihat sebagai sesuatu yang mencerminkan kematangan sesebuah negara.
Azman berkata dasar penapisan media memang tidak lagi relevan dalam landskap semasa dengan masyarakat menuntut kepada maklumat lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu perkara tanpa tapisan dan batasan.
Azman bagaimanapun menolak kebebasan mutlak media di negara ini kerana mereka mesti mematuhi undang-undang sedia ada dan memahami sensitiviti masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.
(Sumber: BERNAMA)
Bagaimanapun menurut Kunta Kinte di Malaysia belum ada undang-undang tapisan media.
Di Malaysia, tapisan media yang ada hanya untuk bahan-bahan video macam filem dan dokumentari saja. Itu kerja Lembaga Penapisan Filem.
Surat khabar, majalah dan bahan-bahan cetak lain tak ada tapisan. Berita pun tak ada tapisan kecuali sekali dalam ingatan Kunta Kinte, iaitu pada 13 Mei 1969. Itu pun bukan tapisan langsung, tapi sekadar garis panduan kepada media massa.
Tak ada sesiapa atau mana-mana agensi yang kerjanya tapis media. Yang ada pegawai di Kementerian Dalam Negeri yang jaga hal-ehwal media yang sekali sekala panggil pengarang untuk bincang, minta penjelasan bagi nasihat dan amaran.
Tapi kalau nak pinda juga, kenalah pinda semua undang-undang yang hadkan kebebasan menerbitkan bahan cetak. Misalnya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Di bawah akta itulah semua penerbitan berkala macam surat khabar, majalah dan risalah disyaratkan ada lesen.
Lesen itu pula kena dimohon diminta dan diperbaharui setiap setahun sekali. Inilah yang banyak orang anggap sebagai tapisan dalam erti kata kerajaan boleh tapis permohonan mana hendak diluluskan dan permohonan mana ditolak.
Kemudian kita ada Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan banyak lagi akta yang kesan sampingannya ialah sekat kebebasan media. Tapi akta-akta itu bukan ditujukan semata-mata kepada media massa. Semua pihak tertakluk kepadanya.
(Sumber: BHarian)
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan