05 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011 dan Cadangan Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online.

Kebanyakan negeri kekal dengan kadar zakat fitrah sebagaimana tahun 2010. Berikut ini adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2011.


Sumber Foto Info: Kosmo

Dalam pada itu pada 4 Ogos 2011, Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata proses itu boleh dilaksanakan sepertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.


"Jika sistem pembayaran itu dilaksanakan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu dikira sah dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.

"Kebiasaannya pembayaran zakat firtah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi Insya-Allah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangkan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diadakan melalui online sejak tahun lepas mendapat sambutan hebat khasnya daripada mereka yang berumur bawah 40 tahun.

"Sebanyak RM39.2 juta telah berjaya dikumpul menerusi pembayaran zakat tersebut pada tahun lepas dengan 37,730 pembayar terdiri dari kalangan mereka yang berusia di bawah 40 tahun," katanya.

Beliau berkata dengan penyediaan perkhidmatan secara dalam talian, kewajipan membayar zakat fitrah dapat dibuat tanpa mengira masa dan tempat.

Sumber: BERNAMA

Makluman:

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari www.zakat.com.my atau www.facebook.com/zakat.my.

Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan. (Rujuk: Kosmo)

0 comments: