Hakikatnya konsep yang aku miliki berkaitan kereta pacuan empat roda didapati silap sama sekali. Terdapat juga kereta sport yang berpacuan empat roda rupanya....
Barangkali kereta sport tersebut untuk pamanduan lasak di litar perlumbaan berselut dan berlumpur.... Ada sesiapa boleh ajar aku tentang hal ini???

PELUMBA kereta Itali, Giancarlo Fisichela berdiri di tepi kereta Ferrari Four di bilik pameran.
Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda diperkenalkan secara rasmi di Bucharest, Romania kelmarin.
Selepas ia dilancarkan kepada umum oleh Duta Itali di Romania, Mario Cospito baru-baru ini, pengedar model Ferrari Four (FF) itu menerima enam tempahan daripada beberapa ahli perniagaan tempatan.
Ferrari FF dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda (bhp) yang mampu memecut kereta sport itu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 3.7 saat.
Dilengkapi sistem brek terkini, ia berhenti dalam jarak cuma 35 meter apabila pemandu menekan brek pada kelajuan 100 km/j. Harga kereta sport canggih itu bermula daripada 220,000 euro (RM941,531) tanpa sistem injap VAT.
Sumber: Kosmo
0 comments:
Catat Ulasan