PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model baru Perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5, kenderaan penumpang pertama keluarannya dilengkapi enjin berkuasa 1.5 dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan.
Ditawarkan pada harga bermula RM50,900 hingga RM61,700 itu, ia dijangka menarik perhatian pengguna di negara ini dengan kepuasan pemanduan maksimum khususnya dari segi prestasi yang dipertingkat.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata keputusan melancarkan Myvi 1.5 liter itu berdasarkan permintaan tinggi dikalangan pengguna yang mahukan enjin lebih berkuasa.
Katanya, pelancaran Myvi 1.5 itu bakal meningkatkan jualan keseluruhan Myvi di pasaran tempatan kepada 9,500 unit sebulan berbanding 8,000 unit sebelum ini, yang mana antara 45 peratus hingga 55 peratus disumbangkan kedua-dua varian terbaru itu.
“Kehadiran Myvi 1.5 ini bukan sekadar untuk persaingan tetapi kami sentiasa menyediakan pilihan terbaik kepada pengguna dari segi harga dan rekaan, ia khusus bagi melengkapkan barisan model kereta untuk ditawarkan kepada semua golongan sasaran seperti Viva, Myvi 1.3 dan Alza.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Myvi baharu itu dengan enjin berkuasa 1.5 liter menjalani pengubahsuaian berdasarkan kepada maklum balas oleh pembeli yang mahukan enjin berkapasiti lebih besar.
"Kami mengambil masa 27 bulan untuk membangunkan generasi baharu Myvi itu berbanding 34 bulan bagi generasi pertama dan banyak penambahbaikan telah dibuat," katanya di pelancaran kereta tersebut di sini, Khamis 16 September 2011.
“Kami yakin varian ini mampu memacu momentum syarikat untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan kenderaan sebanyak 190,000 unit tahun ini, berdasarkan tempahannya yang kami terima sehingga kini sebanyak 2,000 unit, di mana 80 peratus adalah bagi Myvi SE.” katanya.
"Myvi SE sebelum ini menyumbang kira-kira 30 peratus kepada jumlah jualan Myvi," katanya sambil menambah versi 1.3 liter Myvi baharu itu menerima 34,000 tempahan dengan 18,000 unit telah diserahkan setakat ini.
Mengenai pasaran Perodua di Indonesia, Aminar Rashid berkata, jualan Myvi 1.3 liter baharu itu yang dijual di bawah lambang Daihatsu Sirion, mencecah antara 2,500 dan 2,700 unit pada akhir tahun.
Terdahulu, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) memberikan Perodua empat bintang bagi New Myvi 1.5 tersebut untuk Program Penilaian Kenderaan Malaysia.
Dipacu enjin 1.5 liter 16V DVVT yang mampu menjana kuasa maksimum 76kW pada 6,000 rpm dan tork maksimum 136Nm pada 4400rpm, kedua-dua Myvi itu mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi prestasi Myvi SE 1.3 liter sebelum ini.
Ia turut dilengkapi dengan sistem brek auto (ABS) yang dipertingkat menggunakan brek agihan elektrik (EBD), sistem anti-pecah kunci, lampu projektor selain ditawarkan dua pilihan sistem audio sama ada sistem audio standard atau sistem audio multimedia dengan navigasi.
Myvi Extreme 1.5 ditampilkan berbeza dengan Myvi SE 1.5 dari segi reka bentuk kit badan yang lebih garang dan menarik, tempat duduk kulit, sistem audio multimedia dengan navigasi dan rekaan dalaman yang lebih eksklusif.
New Myvi SE 1.5 liter dan New Myvi Extreme 1.5 liter itu didatangkan dengan jenis manual dan automotik. SE tampil dengan lima warna (Solid Majestic Yellow, Solid Ivory White, Metallic Mystical Purple, Metallic Ebony Black, and Metallic Glittering Silver). Manakala Extreme dengan tiga warna (Solid Majestic Yellow, Solid Ivory White, and Metallic Ebony Black).
MyVi Extrem dengan enjin berkuasa 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. MyVi Extrem ini menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model MyVi sedia ada di pasaran.
Selain beberapa perubahan dalaman dan luaran yang ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya, MyVi Extrem ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada ‘dashboard’ (papan pemuka) seperti Alza.
Sumber: BERNAMA, BHarian dan BHarian (3/2/2011)
On-the-Road (OTR) price in Peninsular Malaysia
Perodua Myvi 1.5 SE
- Manual – RM50,900 – RM 51,400
- Automatic – RM 53,900 – RM 54,400 (with standard audio headunit)
- Automatic – RM 56,000 – RM 56,500 (with multimedia & navigation system)
Perodua Myvi 1.5 Extreme
- Manual – RM 58,200 – RM 58,700
- Automatic – RM 61,200 – RM 61,700
0 comments:
Catat Ulasan