Kenapa masih lagi ada orang yang belum mahu sedar tentng bahaya meminjam wang dengan Along. Adakah kerana belum cukup banyak kes yang dipaparkan oleh media massa tentang hal ini. Atau adakah kerana mereka ini tidak ambil pusing tentang hal-ehwal perkembangan dan segala isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Atau adalah prinsip hidup mereka "Dah terhantuk baru tergadah".
Meminjam dengan Along untuk hantaran perkahwinan yang sudah barang tentu begitu mahal. Isu ini pun kerapkali kita baca... Isu wang hantaran yang sangat tinggi melampaui kemampuan pengantin lelaki. Sebagai contoh segala barang perhiasan diri, emas dan permata nak serba berdiri atau nak serba dua.
Disebabkan mahalnya kos wang hantaran terdapat sedelintir insan malang yang belum terlangsai hutang pinjaman dengan bank walaupun telah berkahwin selama sepuluh tahun. Bayangkan pula jika meminjam wang dengan Along. Sehingga ke anak cucu dan pastinya sehingga nyawa bercerai daripa badan pun belum tentu hutang akan selesai. Apalah ertinya nilai hantaran yang tinggi jika akhirnya kesan daripada hutang yang tak berkesudahan, anak menantu tidak dapat menikmati kebahagian berumah tangga malahan menanggung kesusahan pula.
Semoga kisah berikut ini menjadi iktibar kepada insan-insan lain yang mempunyai prisip hidup 'Biar papa asal bergaya'.
Cincin 'Tanda Cinta' terhias indah di dulang hantaran. (Gambar Hiasan)
JOHOR BAHRU: Gara-gara terdesak melangsungkan perkahwinan apabila permohonannya mendapatkan pinjaman dengan institusi kewangan ditolak, seorang kontraktor binaan di sini kini hidup dalam ketakutan apabila ditipu ceti haram selepas terjebak dengan pinjaman wang daripada tujuh along, awal bulan lalu.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 31, pada awalnya ingin meminjam RM10,000 daripada along sebagai wang hantaran kepada pihak pengantin perempuan berikutan simpanannya tidak mencukupi.
Pinjaman antara RM750 hingga RM1,000 daripada setiap tujuh along itu mengenakan bunga antara RM1,000 hingga RM3,000 setiap minggu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata hidup lelaki itu amat tertekan kerana dia bukan saja tidak mendapat sepenuhnya wang yang ingin dipinjam, malah diminta melunaskan bunga pinjaman berjumlah RM12,800 walaupun sudah membayar wang yang dipinjamnya.
Kes menimpa lelaki ini lain daripada yang lain kerana dia bukan saja ditipu kerana tidak mendapat sepenuhnya wang yang dipinjam, malah turut diminta menyelesaikan bunga pinjaman sedangkan pinjaman sudah dijelaskan.
Dia sepatutnya tidak perlu lagi membayar bunga pinjaman jika sudah melangsaikan pinjaman dibuat, namun dia masih diminta membayar bunga pinjaman setiap minggu yang berbeza-beza daripada setiap along, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Tay berkata, lelaki itu meminjam daripada seorang along kepada along lain bagi mengelak dikenakan bayaran bunga, namun masalahnya berlarutan kerana masih diminta menjelaskan hutang itu.
Kes ini diibaratkan sebagai gali dan tutup lubang kerana lelaki itu menyangka dia tidak berhutang lagi dengan along terdahulu selepas menjelaskan hutang hasil pinjaman wang dengan along seterusnya, namun dia kini terjerat.
Kita meminta pihak ceti haram ini tidak menggunakan sebarang kekerasan terhadap mangsa serta memberikannya sedikit tempoh untuk menyelesaikan segala hutang berkenaan apatah lagi beliau tidak mampu serta baru saja mendirikan rumah tangga, katanya.
Sementara itu, Zali berkata dia sudah memohon pinjaman dari lebih 10 institusi kewangan berdaftar di negara ini tetapi gagal .
Saya buntu memikirkan perkara ini kerana kedua-dua keluarga saya dan mentua langsung tidak mengetahui mengenai hal ini walaupun majlis perkahwinan sudah selesai, namun wang hantaran masih lagi tergantung dan kerana itu saya memerlukan wang berkenaan, katanya.
Sumber: BHarian
2 comments:
Salam,
Saya tidak fikir hantaran terlalu mahal, tetapi mahar yang terlalu murah.
Pemberian mahar dan hantaran adalah tanda permulaan seorang lelaki mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Jika seorang lelaki mula bekerja dari usia 23 tahun dan bercadang untuk berkahwin pada usia 30 tahun, sepatutnya dia punya kesedaran untuk menabung RM250 sebulan (sekurang-kurangnya). Tika usia 30, dia sudah memiliki sekurang-kurangnya RM21,000 tidak termasuk bonus/dividen untuk tabung pernikahannya.
Malangnya, ramai tidak mahu berfikiran ke hadapan dan mengambil jalan pendek iaitu dengan membuat pinjaman di bank komersial atau lebih teruk, pinjam dengan along.
Duit yang ada ditangan dihabiskan untuk berseronok dan membeli gadget terbaru di pasaran.
Kita lihat bangsa Cina dan India memerlukan lebih daripada RM50k untuk majlis perkahwinan mereka, tetapi mereka lebih bijak mengendalikan kewangan pada usia muda...
Pandangan yang bernas Puan Bawang Goreng. Terima kasih...
Catat Ulasan